π²πΆπ»π¨ π©π―π¨πΉπΌ | Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kelantan bersama Bahagian Sokongan Keluarga (BSK), Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) telah mengadakan kunjungan hormat ke Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) bertempat di Kompleks Balai Islam di Kota Bahru,Kelantan Darul Naim.
YBrs. Tuan Dr. Hasnan bin Haji Ramli selaku Timbalan Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) dalam ucapannya telah mengalu-alukan ketibaan delegasi yang diketuai oleh YAA Datoβ Ibrahim bin Deris, Ketua Hakim Syarie Kelantan.
YA Puan Hajah Noor Hadina binti Ahmad Zabidi, Hakim Mahkamah Rayuan JKSM mewakili BSK JKSM telah memaklumkan perkembangan semasa BSK Seksyen Negeri Kelantan khususnya tindakan penguatkuasaan dan pelaksanaan perintah nafkah dan mut’ah serta penyaluran bantuan nafkah khusus melalui Dana Amanah Sokongan Keluarga kepada rakyat negeri Kelantan.
Di samping itu, kunjungan hormat ini adalah bagi mengeratkan hubungan antara Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kelantan, BSK JKSM dengan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan.
Turut hadir Tuan Haji Nassir bin Abdul Aziz, Ketua Pendaftar JKSM, Tuan Mohamad Zakian bin Dio, Pengarah Kanan (Kehakiman) JKSM, Puan Maria binti Jilani berserta pegawai-pegawai kanan dari Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kelantan dan BSK JKSM.
BSK JKSM juga merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan di atas sokongan yang berterusan kepada BSK serta kesudian meluangkan masa menerima kunjungan hormat ini.
π©πππππππ πΊπππππππ π²πππππππ (π©πΊπ²) πΊππππππ π΅πππππ π²πππππππ
π±ππππππ π²ππππππππ πΊππππππ π΄πππππππ
Last Updated on July 2, 2024