Β­
Undang-undang Islam tidak pecah belah masyarakat majmuk > JKSM : Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia

Undang-undang Islam tidak pecah belah masyarakat majmuk

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri. – Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Dakwaan menyatakan undang-undang Islam boleh memecahbelahkan keharmonian masyarakat majmuk di negara ini adalah tidak berasas sama sekali, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Zulkifli berkata jika rakyat pelbagai kaum dan agama dapat memahami serta menghayati Perlembagaan Persekutuan serta sistem perundangan Islam di Malaysia, kerajaan yakin perundangan Islam bukanlah suatu isu yang sensitif.

β€œUndang-undang Islam itu sendiri, sifatnya inklusif dan progresif yang sesuai dengan peredaran masa.

β€œIni kerana prinsip-prinsipnya bersifat menyantuni semua kaum dan golongan masyarakat sama ada orang Islam dan orang bukan Islam,” katanya ketika menggulung perbahasan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong di Dewan Negara di sini, hari ini.

Hukuman dalam Islam juga, katanya, bersifat mendidik, bukan untuk menghukum semata-mata, justeru, adalah tidak berasas sama sekali dakwaan bahawa undang-undang Islam boleh memecahbelahkan keharmonian masyarakat majmuk.

Sementara itu Zulkifli mengakui berlaku ketidakharmonian serta pertindihan antara dua sistem perundangan yang diamalkan oleh negara iaitu perundangan sivil dan syariah.

Beliau berkata sehubungan itu kerajaan sentiasa mencari jalan penyelesaian terbaik untuk mengharmonikan perundangan sivil dan syariah tanpa prejudis.

Zulkifli berkata namun perkara yang paling utama adalah kedua-dua sistem perundangan ini bertujuan untuk mencari, memberi dan mencapai keadilan.

β€œApabila matlamat ini jelas, maka usaha untuk mengharmonikan kedua-dua sistem perundangan ini akan menjadi lebih mudah,” katanya.

Beliau berkata antara usaha yang sedang giat dijalankan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) dalam usaha memperkasakan mahkamah syariah termasuklah cadangan peningkatan peringkat mahkamah syariah, pindaan undang-undang substantif dan undang-undang prosedur. – BERNAMA

Sumber: BH Online

Last Updated on December 10, 2021

Recent Posts

𝐘𝐁 πŒπ„ππ“π„π‘πˆ πƒπˆ π‰ππŒ (𝐇𝐀𝐋 𝐄𝐇𝐖𝐀𝐋 π€π†π€πŒπ€) π‘π€π’πŒπˆπŠπ€π πˆπ…π“π€π‘ π‰π€πŒπ€πˆπ„ πŸπŸ’πŸ’πŸ”/πŸπŸŽπŸπŸ“ & 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐍𝐂𝐀𝐑𝐀𝐍 β€œπ“πˆππ“π€ 𝐒𝐔𝐋𝐇” – πŒπ„πŒπ€π‘π“π€ππ€π“πŠπ€π ππ„ππ˜π„π‹π„π’π€πˆπ€π ππ„π‘π“πˆπŠπ€πˆπ€π 𝐒𝐄𝐂𝐀𝐑𝐀 𝐒𝐔𝐋𝐇

Read More Β»

π‰πŠπ’πŒ & π‰πŠπ’π 𝐓𝐄𝐑𝐄𝐍𝐆𝐆𝐀𝐍𝐔 ππ„π‘πŠπ”πŠπ”π‡ π’πˆππ„π‘π†πˆ – πŠπ„π“π”π€ 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐑𝐀𝐇/πŠπ„π“π”π€ π‡π€πŠπˆπŒ π’π˜π€π‘πˆπ„ π“π„π‘πˆπŒπ€ πŠπ”ππ‰π”ππ†π€π π‡πŽπ‘πŒπ€π“ π˜π€π€ πŠπ„π“π”π€ π‡π€πŠπˆπŒ π’π˜π€π‘πˆπ„ 𝐓𝐄𝐑𝐄𝐍𝐆𝐆𝐀𝐍𝐔

Read More Β»

Follow Us