TEMU BUAL PAKAR BAGI PENYELIDIKAN IJAZAH SARJANA PENGAJIAN ISLAM (SYARIAH)

PUTRAJAYA| YAA Dato’ Hj. Mohd Amran bin Mat Zain, Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) berbesar hati meluangkan masa untuk ditemubual oleh penuntut pasca siswazah iaitu Puan Zurina binti Musa. Puan Zurina juga merupakan penolong pengarah kanan di Bahagian Latihan JKSM.

Temu bual ini dilaksanakan untuk memenuhi tuntutan Ijazah Sarjana Pengajian Islam (Syariah), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bagi penyediaan disertasi bertajuk Pelaksanaan Penasaban dan Pendaftaran Kelahiran Anak Tidak Sah Taraf bagi Orang Islam di Malaysia.

.

Semasa temu bual tersebut, YAA Dato’ turut berkongsi pengetahuan, informasi, kemahiran dan pengalaman beliau dalam mengendalikan kes-kes yang berkaitan dengan penyelidikan isu tersebut.

.

Antara objektif penyelidikan ini ialah mengkaji amalan terkini prosedur penasaban dan pendaftaran kelahiran anak tidak sah taraf orang Islam menurut perspektif perundangan di Malaysia dengan hukum Syarak serta menganalisis konflik perundangan antara Syariah dan Sivil dalam isu yang dikaji.

.

Di akhir sesi temu bual, YAA Dato’ menzahirkan harapan agar tujuan dan objektif temu bual ini dapat dicapai, seterusnya penyelidikan ini dapat disempurnakan.

Semoga terus berjaya.

Siiru Ála Barakatillah.

Last Updated on August 25, 2023

Kalendar JKSM

Events in August 2024

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
July 29, 2024 July 30, 2024 July 31, 2024 August 1, 2024 August 2, 2024 August 3, 2024 August 4, 2024
August 5, 2024 August 6, 2024 August 7, 2024 August 8, 2024 August 9, 2024 August 10, 2024 August 11, 2024
August 12, 2024 August 13, 2024 August 14, 2024 August 15, 2024 August 16, 2024 August 17, 2024 August 18, 2024
August 19, 2024 August 20, 2024 August 21, 2024 August 22, 2024 August 23, 2024 August 24, 2024 August 25, 2024
August 26, 2024 August 27, 2024 August 28, 2024 August 29, 2024 August 30, 2024 August 31, 2024 September 1, 2024