TAKLIMAT PEMAHAMAN ARAHAN AMALAN JKSM TAHUN 2023 ZON BORNEO

14 Jun 2023 (Rabu) – Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) dengan kerjasama Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sarawak telah menganjurkan Taklimat Pemahaman Arahan Amalan JKSM Tahun 2023 Zon Borneo bertempat di Hotel Merdeka Palace, Kuching, Sarawak.

Seramai 65 orang pegawai hadir yang terdiri daripada YA Hakim-hakim Mahkamah Tinggi Syariah Negeri Sarawak dan Sabah, Hakim-hakim Mahkamah Rendah Syariah Negeri Sarawak, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Ketua Pendaftar, Pendaftar dan Penolong Pendaftar Negeri Sarawak dan Sabah. Taklimat ini disampaikan oleh Tuan Mohamad Zakian bin Dio, Pengarah Kanan (Kehakiman), JKSM.

Taklimat ini diadakan bagi tujuan memberi penjelasan berkaitan arahan amalan yang dikeluarkan pada tahun 2022. Justeru, ia dapat membantu pemahaman peserta bagi menyeragam dan memudahkan urusan pentadbiran kehakiman dan perundangan Syariah di Mahkamah Syariah seluruh Malaysia sekaligus dapat memastikan pentadbiran dan pengurusan kes di Mahkamah Syariah seluruh Malaysia berjalan dengan seragam.

Disediakan oleh:

Urusetia Taklimat Pemahaman Arahan Amalan JKSM Tahun 2023

Last Updated on June 19, 2023

Kalendar JKSM

November 26, 2024