π·πΌπ»πΉπ¨π±π¨ππ¨| Seksyen Rayuan, Bahagian Pendaftaran Keurusetiaan dan Rekod (BPKR) Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) telah mengurusetiakan Taklimat Pemahaman Arahan Amalan JKSM Tahun 2023 seluruh Malaysia pada 24 Jun 2024 bertempat di Dewan Tan Sri Ibrahim Lembut, Aras 5, JKSM.
Taklimat ini telah dihadiri oleh 82 peserta hadir secara fizikal di Dewan Tan Sri Ibrahim Lembut, Aras 5, JKSM manakala seramai 320 orang pegawai syariah, penolong pegawai syariah, pembantu syariah dan pengamal undang-undang syariah dari pelbagai agensi seluruh Malaysia hadir secara dalam talian webex.
Sebelum taklimat ini bermula, YAA Dato’ Haji Mohd Amran bin Haji Mat Zain, KP/ KHS JKSM berbesar hati memberikan ucap tama dalam taklimat tersebut. Taklimat ini disampaikan oleh YBrs. Tuan Mohamad Zakian bin Dio, Pengarah Kanan (Kehakiman), JKSM.
Taklimat ini diadakan bagi memberi penjelasan berkaitan arahan amalan yang dikeluarkan pada tahun 2023. Justeru, ia dapat membantu pemahaman peserta bagi menyeragam dan memudahkan urusan pentadbiran kehakiman dan perundangan Syariah di Mahkamah Syariah seluruh Malaysia sekaligus dapat memastikan pentadbiran dan pengurusan kes di Mahkamah Syariah seluruh Malaysia berjalan dengan seragam.
π©πππππππ π·πππ πππππππ, π²πππππππππππ π ππ πΉππππ
π±ππππππ π²ππππππππ πΊππππππ π΄πππππππ
Last Updated on June 24, 2024