TAKLIMAT PEMAHAMAN ARAHAN AMALAN JKSM TAHUN 2023 SELURUH MALAYSIA

𝑷𝑼𝑻𝑹𝑨𝑱𝑨𝒀𝑨| Seksyen Rayuan, Bahagian Pendaftaran Keurusetiaan dan Rekod (BPKR) Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) telah mengurusetiakan Taklimat Pemahaman Arahan Amalan JKSM Tahun 2023 seluruh Malaysia pada 24 Jun 2024 bertempat di Dewan Tan Sri Ibrahim Lembut, Aras 5, JKSM.

Taklimat ini telah dihadiri oleh 82 peserta hadir secara fizikal di Dewan Tan Sri Ibrahim Lembut, Aras 5, JKSM manakala seramai 320 orang pegawai syariah, penolong pegawai syariah, pembantu syariah dan pengamal undang-undang syariah dari pelbagai agensi seluruh Malaysia hadir secara dalam talian webex.

Sebelum taklimat ini bermula, YAA Dato’ Haji Mohd Amran bin Haji Mat Zain, KP/ KHS JKSM berbesar hati memberikan ucap tama dalam taklimat tersebut. Taklimat ini disampaikan oleh YBrs. Tuan Mohamad Zakian bin Dio, Pengarah Kanan (Kehakiman), JKSM.

Taklimat ini diadakan bagi memberi penjelasan berkaitan arahan amalan yang dikeluarkan pada tahun 2023. Justeru, ia dapat membantu pemahaman peserta bagi menyeragam dan memudahkan urusan pentadbiran kehakiman dan perundangan Syariah di Mahkamah Syariah seluruh Malaysia sekaligus dapat memastikan pentadbiran dan pengurusan kes di Mahkamah Syariah seluruh Malaysia berjalan dengan seragam.

𝑩𝒂𝒉𝒂𝒈𝒊𝒂𝒏 𝑷𝒆𝒏𝒅𝒂𝒇𝒕𝒂𝒓𝒂𝒏, 𝑲𝒆𝒖𝒓𝒖𝒔𝒆𝒕𝒊𝒂𝒂𝒏 𝒅𝒂𝒏 𝑹𝒆𝒌𝒐𝒅

𝑱𝒂𝒃𝒂𝒕𝒂𝒏 𝑲𝒆𝒉𝒂𝒌𝒊𝒎𝒂𝒏 𝑺𝒚𝒂𝒓𝒊𝒂𝒉 𝑴𝒂𝒍𝒂𝒚𝒔𝒊𝒂

Last Updated on June 24, 2024

Kalendar JKSM

Week of Jul 1st

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
July 1, 2024 July 2, 2024 July 3, 2024 July 4, 2024 July 5, 2024 July 6, 2024 July 7, 2024