SULH OUTREACH PROGRAMME (OR SULH) ANJURAN JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH MALAYSIA (JKSM) DENGAN KERJASAMA ANGKATAN TENTERA MALAYSIA (ATM)TAHUN 2023

KUALA LUMPUR| Seksyen Sulh, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) telah menganjurkan Sulh Outreach Programme dengan kerjasama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada 11 Julai 2023 bertempat di Dewan Tanjung, Wisma Transit Kuala Lumpur.

Program ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).

Program ini turut dihadiri oleh Yang Berbahagia Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Haji Affendi bin Buang TUDM, Panglima Angkatan Tentera, Yang Amat Arif Dato’ Haji Mohd Amran bin Haji Mat Zain, Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM), Panglima panglima, Hakim Rayuan JKSM dan Anggota Angkatan Tentera Malaysia.

Program OR pada kali ini bertemakan “Kemuliaan Syariah membina keluarga Madani” iaitu selaras dengan Pelan Transformasi Hal Ehwal Agama Menuju Malaysia Madani atau dikenali dengan nama ringkasnya “AL-FALAH”. Pelan Transformasi Al-Falah ini mengandungi 5 Teras, 10 Fokus Gerak Kerja dan 5 Nilai yang merupakan inisiatif-inisiatif utama yang amat sesuai dan praktikal untuk menjayakan gagasan Malaysia Madani.

Salah satu teras yang terkandung dalam pelan ini adalah Kemuliaan Syariah (Teras 3) yang mengandung 2 Fokus iaitu Memartabatkan Perundangan dan Kehakiman Islam (Fokus 5) dan Penghayatan Nilai Masyarakat Madani (Fokus 6).

Program OR Sulh pada hari ini merupakan salah satu program yang disenaraikan dibawah Fokus 5 Pelan Al-Falah.

Program ini turut diserikan dengan pelbagai aktiviti yang menarik iaitu forum yang akan disampaikan oleh Panel Jemputan yang hebat iaitu Imam Muda Mohd Hassan Adli bin Yahaya @ Yahuza, Tuan Abu Suffian bin Abu Yaziz dan YBrs Dr. Hendun bin Abdul Rahman Shah sebagai moderator forum.

Selain itu program OR Sulh turut diserikan dengan pelbagai aktiviti menarik yang turut diadakan iaitu Program Muhakat (simulasi) Sulh yang akan dikendalikan oleh Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan (MSWP), Klinik nasihat guaman dari Bahagian ADR Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Selangor (JAKESS), Jabatan Bantuan Guaman (JBG), Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) dan Bahagian Pusat Sumber dan Penerbitan (BPSMP) JKSM.

Untuk rekod, Program ini merupakan tahun keempat yang dianjurkan oleh JKSM dengan kerjasama pelbagai agensi awam mahupun swasta, IPTA dan lain-lain bagi memberikan perkhidmatan yang terbaik dan pencerahan undang-undang kepada masyarakat.Program ini juga telah dihadiri secara fizikal dan fb live.

Last Updated on July 11, 2023

Kalendar JKSM

Events in April 2025

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
March 31, 2025 April 1, 2025 April 2, 2025 April 3, 2025 April 4, 2025 April 5, 2025 April 6, 2025
April 7, 2025 April 8, 2025 April 9, 2025 April 10, 2025 April 11, 2025(1 event) April 12, 2025 April 13, 2025
April 14, 2025 April 15, 2025(2 events) April 16, 2025 April 17, 2025 April 18, 2025(2 events) April 19, 2025 April 20, 2025
April 21, 2025(1 event) April 22, 2025 April 23, 2025 April 24, 2025 April 25, 2025 April 26, 2025 April 27, 2025
April 28, 2025 April 29, 2025 April 30, 2025 May 1, 2025 May 2, 2025 May 3, 2025 May 4, 2025