SESI BENGKEL PENGURUSAN KES ESV3 (MODUL PENDAFTARAN/PENGURISAN KES,SEMAKAN,RAYUAN DAN PENGURUSAN DOKUMEN) ZON 1 TAHUN 2023

27 FEBRUARI 2022 | Satu Bengkel Pengurusan Kes ESV3 (Modul Pendaftaran/Pengurusan Kes, Semakan, Rayuan, Dan Pengurisan Dokumen) (Zon 1) merangkumi peserta dari negeri Selangor, Wilayah Persekutuan, Sabah dan Negeri Sembilan.

Bengkel yang diadakan di Bilik Latihan Komputer, Aras 4, Blok C, Kompleks Islam Putrajaya ini melibatkan seramai 40 orang peserta dari 4 negeri Zon 1.

Tuan Abu Suffian Bin Abu Yaziz selaku Pengarah BPKR mengalukan kehadiran para peserta dan berharap agar peserta dapat mempelajari tatacara penggunaan sistem ESV3 tersebut untuk diaplikasikan di negeri masing-masing.

Sesi latihan yang bermula 27 Februari hingga 1 Mac 2023 ini bertujuan melatih para peserta tentang tatacara pengguna sistem E-Syariah versi 3 yang telah dibangunkan oleh pasukan projek ESV3.

Untuk rekod, Sistem ESV3 ini telah mula Go Live di seluruh Mahkamah Syariah Bermula 30 September 2022.

Last Updated on March 2, 2023

Kalendar JKSM

Week of Nov 18th

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
November 18, 2024 November 19, 2024 November 20, 2024 November 21, 2024 November 22, 2024 November 23, 2024 November 24, 2024