RAMAH MESRA YB MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (HAL EHWAL AGAMA) BERSAMA PESERTA MUZAKARAH HAKIM-HAKIM SYARIE BORNEO (SABAH, SARAWAK DAN W.P.LABUAN) TAHUN 2023

15 Jun 2023 (Khamis)- YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Senator Dr. Hj. Mohd Na’im bin Hj. Mokhtar mengambil peluang berjumpa para peserta Muzakarah Hakim-hakim Syarie Borneo Tahun 2023 di Hotel Merdeka Palace, Kuching, Sarawak.

Beliau juga mengambil kesempatan untuk memberikan amanat kepada semua peserta Muzakarah agar memartabatkan perundangan dan Kehakiman Syariah dan mengamalkan gerak kerja yang diterapkan dalam pelan transformasi Al-Falah.

Disediakan oleh:

Urus setia

Muzakarah Hakim-hakim Syarie Borneo 2023

BPKR JKSM

Last Updated on June 15, 2023

Kalendar JKSM

November 22, 2024