Mengendalikan kes- kes Mahkamah Rayuan Syariah di Malaysia.
Menggubal dasar dan strategi untuk mempertingkatkan prestasi Mahkamah Syariah negeri-negeri.
Menyelaraskan prosedur kehakiman untuk diterima pakai di negeri-negeri.
Mengawal dan menilai program dan aktiviti-aktiviti Mahkamah Syariah negeri-negeri yang menerima pakai skim Perkhidmatan Gunasama Pegawai Syariah Persekutuan.
Membina dan menyelaraskan kaedah-kaedah dan Arahan Amalan serta peraturan kepada semua pegawai syariah di JKSM, negeri-negeri dan lain-lain agensi berkaitan.
Membangun, menyelaras dan mentadbir penggunaan sistem maklumat elektronik di JKSM, negeri-negeri dan agensi berkaitan.
Menguruskan pembangunan dan keperluan modal insan di JKSM, negeri-negeri dan agensi berkaitan.
Membangunkan Pusat Sumber Maklumat dan penerbitan berkaitan sistem perundangan dan kehakiman Syariah bagi menyediakan bahan-bahan rujukan ilmiah kepada pegawai syariah di seluruh Malaysia dan orang awam.
Melaksanakan penyelidikan berkaitan sistem perundangan dan kehakiman Syariah sesuai dengan perkembangan semasa.
Mengawal selia perintah nafkah yang dikeluarkan oleh Mahkamah Syariah melalui tindakan penguatkuasaan dan pelaksanaan perintah.
Menyalurkan pendahuluan nafkah kepada pelanggan yang layak sementara tindakan penguatkuasaan dan pelaksanaan perintah diselesaikan di Mahkamah Syariah.
Menyediakan perkhidmatan BSK Transit kepada pelanggan Mahkamah Syariah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.