PERSIDANGAN PEMERKASAAN INTEGRITI BERSAMA KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM, KETUA AUDIT NEGARA DAN PENGERUSI JAWATANKUASA KIRA-KIRA WANG NEGARA [PUBLIC ACCOUNTS COMMITTEE] (PAC) PARLIMEN 2023

SEPANG- YAA. Dato’ Hj. Mohd Amran bin Hj. Mat Zain, Ketua Pengarah / Ketua Hakim Syarie JKSM telah menghadiri Persidangan Pemerkasaan Integriti bersama Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Ketua Audit Negara dan Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara [Public Accounts Committee] (PAC) Parlimen yang dianjurkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) di Dewan Mentari, Mövenpick Hotel & Convention Centre KLIA, Kompleks TH, Sepang, Selangor Darul Ehsan.

.

Objektif penganjuran persidangan ini adalah untuk menyemarak prinsip tatakelola yang terbaik dan semangat akauntabiliti yang tinggi terhadap aspek pengurusan wang awam, selain menambah baik tindakan susulan oleh Ketua-Ketua Setiausaha Kementerian / Ketua Jabatan berhubung isu-isu auditan yang telah dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN).

.

Persidangan dimulakan dengan ikrar integriti. Diikuti dengan ucaptama persidangan oleh KPPA.

.

Terdapat dua kertas kerja yang dibentangkan, pertama kertas daripada Timbalan Ketua Audit Negara dan kertas ke-2 dibentangkan oleh Pengerusi PAC Parlimen Malaysia, kemudian persidangan ditutup dengan sesi soal jawab bersama ahli-ahli panel.

Last Updated on September 29, 2023

Kalendar JKSM

Week of Dec 30th

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
December 29, 2025 December 30, 2025 December 31, 2025 January 1, 2026 January 2, 2026 January 3, 2026 January 4, 2026