PERSIDANGAN KETUA PENDAFTAR NIKAH CERAI DAN RUJU’ DAN KETUA PENDAFTAR JKSN/MSN SELURUH MALAYSIA KALI KE-11 TAHUN 2023

19 Jun 2023 (Isnin)- Persidangan KPNCR dan Ketua Pendaftar JKSN/MSN merupakan program yang mengumpulkan Ketua-ketua Pendaftar Nikah, Cerai dan Ruju’ bersama Ketua-ketua Pendaftar Mahkamah Syariah Seluruh Malaysia bagi membincangkan isu-isu berbangkit melibatkan kedua-dua agensi pelaksana ini.

Persidangan pada kali ini telah diadakan di H Elite Design Hotel, Kota Bharu Kelantan yang disertai oleh seramai lebih kurang 40 orang peserta dan urus setia dan telah dipengerusikan secara bersama oleh Tuan Haji Ruslan bin Said, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JAKIM dan Tuan Haji Nassir bin Haji Abd Aziz, Ketua Pendaftar JKSM.

Satu kertas pembentangan berkaitan hal ehwal kebenaran pernikahan menggunakan wali raja/hakim telah dibentangkan oleh Tuan Abu Suffian bin Abu Yaziz, Pengarah BPKR, JKSM.

Persidangan ini akan diteruskan dengan lawatan kerja dan diskusi isu pernikahan yang berlawanan dengan Akta/Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Nikah Sindiket) warganegara Malaysia di Selatan Thailand bersama Majlis Agama Islam di 5 Wilayah Selatan Thailand bermula pada 20 hingga 23 Mei 2023.

Disediakan oleh:

Seksyen Keurussetiaan

BPKR JKSM

Last Updated on June 19, 2023

Kalendar JKSM

Week of Sep 30th

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
September 30, 2024 October 1, 2024 October 2, 2024 October 3, 2024 October 4, 2024 October 5, 2024 October 6, 2024