PERSIDANGAN KEHAKIMAN DAN PERUNDANGAN SYARIAH NUSANTARA (PKPSN) 2023

KUALA LUMPUR| Bahagian Pendaftaran, Keurussetian & Rekod (BPKR), Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) telah menganjurkan *Persidangan Kehakiman dan Perundangan Syariah Nusantara (PKPSN) 2023* pada 18 hingga 20 September 2023 di Hotel Pacific Regency Suites, Kuala Lumpur.

Persidangan ini telah dihadiri oleh YAA Ketua Hakim Syarie, Dato’ Haji Mohd Amran bin Mohd Zain, YA Hakim-hakim Mahkamah Rayuan Syariah JKSM, YAA Ketua-ketua Hakim Syarie JKSN/MSN, YA Hakim- hakim Mahkamah Rayuan Syariah Seluruh Malaysia serta Ketua Hakim dan wakil delegasi dari Negara Nusantara iaitu Brunei dan Republik Indonesia.

Persidangan selama 3 hari ini telah diisi dengan Pembentangan Kertas Kerja oleh wakil- wakil negara Nusantara berhubung Bidangkuasa dan Pentadbiran Kehakiman di ketiga-tiga Negara.

Objektif persidangan pada kali ini adalah JKSM berhasrat untuk menubuhkan Sekretariat Perundangan dan Kehakiman Syariah Nusantara di kalangan negara anggota, membincangkan isu-isu kekeluargaan Islam, pentadbiran kehakiman Syariah dan jenayah Syariah serantau dalam membentuk suatu kesepakatan bersama yang bergerak atas dasar Syarak, Secara khususnya, negara-negara nusantara dan negeri-negeri secara amnya akan dapat menyediakan platform kepada institusi tertinggi kehakiman syariah untuk bertukar-tukar fikiran dan mencari jalan untuk memperkasakan Mahkamah Rayuan Syariah, memperkasa kompentensi dan wibawa institusi rayuan Mahkamah Syariah, menjadi nukleus penting kepada penubuhan Majlis Perundangan dan Kehakiman Syariah Nusantara (MPKSN) dan mengangkat darjat kehakiman dan perundangan Syariah dalam menjalin hubungan kerjasama bagi menjamin kelestarian hubungan kemanusiaan dalam kalangan negara nusantara.

Persidangan selama 3 hari ini telah diisi dengan Pembentangan Kertas Kerja oleh wakil- wakil negara Nusantara berhubung Bidangkuasa dan Pentadbiran Kehakiman di ketiga-tiga Negara.

Selain itu, persidangan pada kali ini juga turut mengambil peluang dengan mengadakan mesyuarat Penubuhan Sekretariat Kehakiman Syariah Nusantara yang dipengerusikan oleh Ketua Pengarah/ Ketua Hakim Syarie JKSM dan dihadiri oleh YAA. Pehin Orang Kaya Paduka Seri Utama Dato Paduka Seri Setia Haji Awang Salim bin Haji Besar, Ketua Hakim Syarie Negara Brunei Darussalam, Yang Mulia Prof. Dr. Drs. H. Amran Suadi, S.H., M.Hum., M.M., Ketua Kamar Agama Mahkamah Agung Republik Indonesia dan Ketua-ketua Hakim Syarie Negeri Seluruh Malaysia.

Persidangan ini juga turut diserikan dengan majlis makan malam di Menara Kuala Lumpur bagi meraikan semua peserta PKPSN khususnya delegasi dari Negara-negara Nusantara.

Sebagai penutup persidangan pada kali ini telah dirasmikan oleh YB. Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Mokhtar melalui pembacaan teks yang disampaikan oleh YAA Ketua Pengarah/ Ketua Hakim Syarie JKSM.

Disediakan oleh:

Seksyen Keurusetiaan, BPKR

Last Updated on September 27, 2023

Kalendar JKSM

Events in July 2025

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
June 30, 2025 July 1, 2025 July 2, 2025 July 3, 2025 July 4, 2025 July 5, 2025 July 6, 2025
July 7, 2025 July 8, 2025 July 9, 2025 July 10, 2025 July 11, 2025 July 12, 2025 July 13, 2025
July 14, 2025 July 15, 2025 July 16, 2025 July 17, 2025 July 18, 2025 July 19, 2025 July 20, 2025
July 21, 2025 July 22, 2025 July 23, 2025 July 24, 2025 July 25, 2025 July 26, 2025 July 27, 2025
July 28, 2025 July 29, 2025 July 30, 2025 July 31, 2025 August 1, 2025 August 2, 2025 August 3, 2025