Penyelarasan, penyeragaman undang-undang syariah dilaksana tahun depan

Mujahid hadir pada Hari Terbuka Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) di Putrajaya, hari ini. – NSTP/Samadi Ahmad

PUTRAJAYA: Penyeragaman dan penyelarasan undang-undang jenayah syariah di seluruh negara dijangka dapat direalisasikan tahun depan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa.

Katanya, usaha atau roadmap untuk mencapai hasrat itu sudah mencapai kemajuan 40 peratus.

“Kami dalam proses untuk menyeragamkan enakmen jenayah syariah di seluruh negara sebab hari ini, semua maklum kesalahan sama (tetapi) hukuman berbeza berlaku di negeri yang berbeza.

“Ini tidak baik untuk menunjukkan keadilan dalam Islam,” katanya kepada media selepas menghadiri Hari Terbuka Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) di sini, hari ini.

Mujahid berkata, JKSM dan bahagian undang-undang Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sudah diminta melakukan penyelarasan dan keseragaman dengan menjadikan Akta Wilayah Persekutuan sebagai model.

Katanya, Majlis Raja-Raja secara asasnya bersetuju dengan langkah JKSM untuk menyeragamkan undang-undang jenayah syariah di negara ini.

Mujahid berkata beliau akan bertemu dengan Exco negeri yang bertanggungjawab mengenai hal ehwal agama untuk membincangkan perkara itu.

“Kami juga tengok enakmen negeri-negeri, kalau nampak ia terbaik, kami akan ambil tetapi akhirnya semua adalah sama dan selaras,” katanya.

Mujahid juga berkata, kajian mengenai penghukuman di bawah undang-undang jenayah syariah sedang dilakukan agar kaedah hukuman lebih bersifat memulihkan atau rehabilitatif

“Hari ini (hukuman) bersifat punitif (menghukum) bermakna hakim nak buat keputusan dia tiada pilihan sebab rotan, dan penjara itu sahaja (pilihan) dia ada.

“Kalau dia (hakim) ambil (pendekatan) untuk bebaskan dengan bon berkelakuan baik, (itu) tiada (dalam) peruntukan.

“Oleh kerana falsafah bukan untuk hanya hukum orang, Hakim Syarie boleh menggunakan (hukuman bersifat) rehabilitatif seperti bon kelakuan baik, khidmat masyarakat,” katanya. – BERNAMA

Sumber: Berita Harian

Last Updated on December 10, 2021

Kalendar JKSM

Events in April 2025

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
March 31, 2025 April 1, 2025 April 2, 2025 April 3, 2025 April 4, 2025 April 5, 2025 April 6, 2025
April 7, 2025 April 8, 2025 April 9, 2025 April 10, 2025 April 11, 2025 April 12, 2025 April 13, 2025
April 14, 2025 April 15, 2025 April 16, 2025 April 17, 2025 April 18, 2025 April 19, 2025 April 20, 2025
April 21, 2025 April 22, 2025 April 23, 2025 April 24, 2025 April 25, 2025 April 26, 2025 April 27, 2025
April 28, 2025 April 29, 2025 April 30, 2025 May 1, 2025 May 2, 2025 May 3, 2025 May 4, 2025