MUZAKARAH PEGAWAI PENYELIDIK MAHKAMAH SYARIAH SELURUH MALAYSIA KALI KE-11 TAHUN 2023

SHAH ALAM | Bahagian Dasar dan Penyelidikan (BDP), Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) telah menganjurkan Muzakarah Pegawai Pegawai Penyelidik Mahkamah Syariah Seluruh Malaysia Kali Ke-11 Tahun 2023 pada 9 hingga 10 Oktober 2023 bertempat di Acappella Suite Hotel, Shah Alam.

Muzakarah ini merupakan acara tahunan sejak tahun 2011 yang dirancang oleh BDP JKSM sebagai medan kepada pegawai penyelidik mendalami bidang penyelidikan sebagai suatu kaedah profesional dalam meningkatkan mutu perkhidmatan skim pegawai syariah pada masa hadapan.

Selain daripada itu, Muzakarah ini bertujuan mewujudkan pelan kaedah penyelidikan perundangan dan kehakiman syariah sebagai suatu panduan penyelidikan, bersesuaian dengan maqasid syariah dan suasana (waqi’) Malaysia bagi semua pegawai penyelidik seluruh negara.

Objektif lain Muzakarah adalah untuk mempelbagai kemahiran dan mempertingkat kepakaran pegawai syariah dalam bidang penyelidikan yang bersistematik dan berkualiti sebagai suatu usaha yang berterusan untuk menimba ilmu pengetahuan.

Selain itu, program sebegini memberikan kesedaran kepada para peserta mengenai

kepentingan method kajian yang sempurna untuk menghasilkan penyelidikan yang berkualiti serta mengenal pasti punca masalah dan cara penyelesaian secara rahmah.

Sesi Muzakarah kali ini telah menjemput tiga orang penceramah hebat untuk menyempurnakan setiap slot yang dirancang. Slot pertama bertajuk “Pencarian Teks Kehakiman dalam Kitab-Kitab Klasik Islam Menggunakan Perisian Maktabah Syamilah (Vol. 2.0)” dikendalikan oleh Dr. Irwan Santeri Doll Kawaid dari USIM. Manakala slot kedua telah dikendalikan oleh Datin Dr. Faridah Jalil, Mantan Pensyarah UKM dengan tajuk “Membina Pemahaman Mengenai Perkara 121(1a): Justifikasi dan Kesan Terhadap Bidangkuasa Mahkamah Syariah”. Slot ketiga dan terakhir pula dikendalikan oleh Prof. Madya Dr. Mohd Al Adib Samuri dari FPI, UKM melalui tajuk “Kepekaan Terhadap Triti-Triti Antarabangsa yang telah Malaysia Tandatangani dalam Metodologi Penyelidikan Perundangan dan Kehakiman Syariah”.

Majlis Perasmian Muzakarah telah disempurnakan oleh YAA Ketua Pengarah/ Ketua Hakim Syarie JKSM, Dato’ Haji Mohd Amran bin Haji Mat Zain. Turut hadir Tuan Haji Nassir bin Abdul Aziz, Ketua Pendaftar JKSM, Tuan Mohamad Zakian bin Dio, Pengarah Kanan Kehakiman JKSM dan Tuan Mamat Haizan bin Salleh, Pengarah BDP JKSM.

BDP menaruh iltizam yang tinggi kepada para pegawai penyelidik agar lebih aktif dalam memperkasa dan mempelbagai teknik penyelidikan seiring dengan perkembangan dan peredaran semasa.

BDP, JKSM

Last Updated on October 13, 2023

Kalendar JKSM

Events in November 2024

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
October 28, 2024 October 29, 2024 October 30, 2024 October 31, 2024 November 1, 2024 November 2, 2024 November 3, 2024
November 4, 2024 November 5, 2024 November 6, 2024 November 7, 2024 November 8, 2024 November 9, 2024 November 10, 2024
November 11, 2024 November 12, 2024 November 13, 2024 November 14, 2024 November 15, 2024 November 16, 2024 November 17, 2024
November 18, 2024 November 19, 2024 November 20, 2024 November 21, 2024 November 22, 2024 November 23, 2024 November 24, 2024
November 25, 2024 November 26, 2024 November 27, 2024 November 28, 2024 November 29, 2024 November 30, 2024 December 1, 2024