[language-switcher]

MS ISO 9001:2008

Pengenalan MS ISO 9001:2008


Tujuan
Panduan Pelaksanaan MS ISO 9001:2008 dalam Sektor Awam bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan kefahaman agensi-agensi Sektor Awam mengenai keperluan-keperluan standard dalam melaksanakan Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) berasaskan standard MS ISO 9001:2008. Panduan ini hendaklah dibaca bersama dengan standard MS ISO 9001:2008 yang dikeluarkan oleh Jabatan Standard Malaysia.


Latar Belakang
Pelaksanaan SPK berasaskan standard MS ISO 9001:2008 dalam Sektor Awam Malaysia adalah selaras dengan standard ISO 9000 yang ditetapkan oleh International Organisation For Standardization (ISO) dan diterima pakai oleh Jabatan Standard Malaysia melalui siri-siri standard Malaysia atau Malaysian Standard (MS). Justeru itu, sekiranya terdapat sebarang perubahan, pindaan atau pengenalan standard baru oleh ISO, maka pelaksanaan MS ISO di Sektor Awam perlu diselaraskan bagi menepati kehendak dan keperluan standard tersebut.
Selaras dengan pengeluaran standard ISO 9001:2008 dan MS ISO 9001:2008, semua pensijilan berasaskan MS ISO 9001:2000 akan luput pada akhir tahun 2010. Oleh itu, Agensi-Agensi Sektor Awam Malaysia diminta untuk mengambil salah satu tindakan berikut:

  1. bagi agensi yang telah mendapat pensijilan MS ISO 9001:2000, agensi berkenaan dikehendaki beralih kepada pensijilan MS ISO 9001:2008 selewat-lewatnya pada akhir tahun 2010
  2. bagi agensi yang belum mendapat pensijilan atau sedang dalam tindakan mendapatkan pensijilan berasaskan MS ISO 9001:2000, agensi berkenaan disarankan untuk terus mendapatkan pensijilan mengikut standard MS ISO 9001:2008; dan
  3. bagi agensi yang sedang dalam tindakan tetapi masih belum mendapat pensijilan MS ISO 9001:2000, agensi berkenaan dikehendaki untuk terus mendapatkan pensijilan mengikut standard MS ISO 9001:2008.

 

Rekod Salinan Dokumen Kualiti

BIL

NAMAPROSEDURKELUARANTARIKH KELUARANCATATAN
1.MANUAL KUALITIJKSM-MK0812 November 2015 
2.PENGENDALIAN KES MAHKAMAH RAYUANJKSM-PKU 010412 November 2015 
3.KAJIAN KEPERLUAN PEMBINAAN ARAHAN AMALANJKSM-PKU 020812 November 2015 
4.PEMANTAUAN PEMATUHAN ARAHAN AMALAN DI JKSN/MSNJKSM-PKU 030912 November 2015 
5.KAWALAN DOKUMENJKSM-PKPS 010912 November 2015 
6.KAWALAN REKODJKSM-PKPS 020712 November 2015 
7.TINDAKAN PEMBETULANJKSM-PKPS 030812 November 2015 
8.TINDAKAN PENCEGAHANJKSM-PKPS 040812 November 2015 
9.PENGENDALIAN ADUAN DAN MAKLUMBALAS PELANGGANJKSM-PKPS 050812 November 2015 
10.KAWALAN KETIDAKPATUHAN PERKHIDMATANJKSM-PKPS 060712 November 2015 
11.AUDIT DALAMJKSM-PKPS 070712 November 2015 
12.MESYUARAT KAJIAN SEMULA PENGURUSANJKSM-PKPS 080712 November 2015 
13.PEMBINAAN MODUL LATIHANJKSM-PKPS 090812 November 2015 
14.PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN LATIHANJKSM-PKPS 100812 November 2015 
15.PENGURUSAN KHIDMAT MEJA BANTUAN ICT – HELPDESKJKSM-PKPS 110512 November 2015 
16.KAWALAN PERCETAKANJKSM-PKPS 120812 November 2015 
17.PENILAIAN PRESTASI PEMBEKALJKSM-PKPS 130212 November 2015 

** Tarikh kuatkuasa bagi semua dokumen yang dipinda bermula 16 Ogos 2017

Kalendar JKSM

November 10, 2024