16 Mei 2023| Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) telah berpeluang menyertai Majlis Sambutan Aidilfitri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) bertempat di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya.
“Gerai Tok Akim” JKSM ini menjamu Nasi Dagang yang cukup enak kepada hampir 1000 orang pengunjung. Para tetamu juga turut menikmati juadah aiskrim yang disediakan di gerai JKSM.
YAA Dato’ Haji Mohd Amran bin Haji Mat Zain, Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM hadir mengiringi YB Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) melawat Gerai Tok Akim.
YB Senator juga turut mengunjungi reruai Program Celik Syariah JKSM yang diadakan berhampiran gerai JKSM.
Program Celik Syariah ini merupakan satu inisiatif jabatan dalam mendekati para pengunjung sekaligus dapat memberi perkhidmatan Sesi Konsultasi Perundangan Syariah.
Antara perkhidmatan lain yang turut diberikan di reruai tersebut adalah ,Taklimat Mediasi Sulh, Taklimat Kaedah Penguatkuasaan dan Pelaksanaan Perintah Nafkah serta Sokongan Kekeluargaan, Pameran Informasi Perundangan dan Kehakiman Syariah dan Jualan Buku Terbitan JKSM.
Last Updated on May 17, 2023