KUALA LUMPUR |
YAA Dato’ Hj. Mohd Amran bin Hj. Mat Zain, Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM bersama isteri Datin Asmah binti Musa menghadiri Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-63 Tahun 1445H / 2023M yang bermula pada 19 – 24 Ogos 2023 bertempat di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur.
.
Majlis ini telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia ke-10 bertemakan “Perpaduan Teras Malaysia Madani”.
.
Seramai 72 orang peserta terpilih dari 110 orang peserta dengan penglibatan dari 51 buah negara menyertai MTHQA Ke-63 kali ini yang akan memperdengarkan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran secara bertarannum dan hafazan setelah melalui 2 kali saringan yang dibuat secara atas talian pada bulan Mei dan Julai yang lalu.
.
Seramai 20 orang panel jemaah hakim yang pakar dalam bidang masing-masing akan mengadili majlis tilawah dan hafazan al-Quran pada tahun ini.
.
Nabi Muhammad SAW bersabda:
خَيرُكُم من تعلَّمَ القرآنَ وعلَّمَهُ
(رواه البخاري).
Siiru ‘Ala Barakatillah.
Last Updated on August 25, 2023