14 April 2023| Satu Majlis Penyerahan Nota Serah Tugas Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM telah diadakan pada tengahari ini bertempat di Pejabat YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).
YAA Datoβ Haji Mohd Amran bin Haji Mat Zain, Ketua Pengarah/ Ketua Hakim Syarie JKSM telah menerima Nota Serah Tugas terbabit daripada YB Senator Datoβ Setia Dr. Haji Mohd Naβim bin Haji Mokhtar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) yang juga merupakan mantan Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM dari April 2019 sehingga Dec 2022.
YAA Datoβ Haji Mohd Amran dilantik sebagai Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie secara rasmi pada 10 April 2023.
Turut hadir dalam sesi tersebut ialah YBrs. Tuan Haji Nassir bin Abd Aziz; Ketua Pendaftar JKSM dan Tuan Shaiful Azli bin Jamaludin, Ketua Unit Komunikasi Korporat JKSM.

Last Updated on April 14, 2023