MAJLIS PENYERAHAN NOTA SERAH TUGAS KETUA PENGARAH/KETUA HAKIM SYARIE JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH MALAYSIA

14 April 2023| Satu Majlis Penyerahan Nota Serah Tugas Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM telah diadakan pada tengahari ini bertempat di Pejabat YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).

YAA Dato’ Haji Mohd Amran bin Haji Mat Zain, Ketua Pengarah/ Ketua Hakim Syarie JKSM telah menerima Nota Serah Tugas terbabit daripada YB Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) yang juga merupakan mantan Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM dari April 2019 sehingga Dec 2022.

YAA Dato’ Haji Mohd Amran dilantik sebagai Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie secara rasmi pada 10 April 2023.

Turut hadir dalam sesi tersebut ialah YBrs. Tuan Haji Nassir bin Abd Aziz; Ketua Pendaftar JKSM dan Tuan Shaiful Azli bin Jamaludin, Ketua Unit Komunikasi Korporat JKSM.

Last Updated on April 14, 2023

Kalendar JKSM

Events in November 2024

  • Sidang Mahkamah Rayuan Syariah Sarawak
  • Sidang Mahkamah Rayuan Syariah WP Kuala Lumpur
  • Sidang Mahkamah Rayuan Syariah MSWP Labuan
  • Sidang Mahkamah Rayuan Syariah Selangor
  • Sidang Mahkamah Rayuan Syariah WP Kuala Lumpur