­
MAJLIS MAKAN MALAM DAN PERASMIAN DIALOG PERUNDANGAN ISLAM KEBANGSAAN 2023 > JKSM : Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia

MAJLIS MAKAN MALAM DAN PERASMIAN DIALOG PERUNDANGAN ISLAM KEBANGSAAN 2023

KUALA LUMPUR l YAA Dato’ Hj. Mohd Amran bin Hj. Mat Zain, Ketua Pengarah / Ketua Hakim Syarie JKSM telah menghadiri Majlis Makan Malam dan Perasmian Dialog Perundangan Islam Kebangsaan 2023 bertempat di Grand Hibiscus, Swiss Garden Hotel, Kuala Lumpur.

.

Majlis ini telah disempurnakan oleh YB Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Hal Ehwal Agama (HEA).

.

Majlis Dialog ini merupakan salah satu platform bagi negeri-negeri mengutarakan pandangan dan buah fikiran untuk mencapai maksud kesatuan fikrah dan hala tuju jelas demi melihat perundangan Syariah di negara ini diperkasakan martabatnya dan diseragamkan peruntukan serta pelaksanaannya.

.

Majlis Dialog ini juga telah disertai oleh ahli Jawatankuasa Perundangan Islam Kebangsaan dan wakil daripada negeri-negeri, antaranya Sohibus Samahah Mufti, YB Penasihat Undang-Undang (PUU), YAA Ketua Hakim Syarie Negeri (KHS), Ketua Pegawai Eksekutif Negeri, Ketua Pendakwa Syarie (KPS) dan Ketua Pegawai Penguatkuasa Negeri.

Last Updated on October 12, 2023