MAJLIS KUNJUNGAN MAHABBAH DAN DIALOG KEHAKIMAN NEGARA 2023

PUTRAJAYA| Majlis Kunjungan Mahabbah dan Dialog Kehakiman Negara antara Badan Kehakiman Syariah dan Badan Kehakiman Sivil telah berlangsung pada hari ini di Dewan Banquet, Istana Kehakiman, Putrajaya.

.

Kunjungan Mahabbah dan Dialog Kehakiman ini telah disusun bersama oleh Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan (PKPMP) dan Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) atas inisiatif YAA Dato’ Hj. Mohd Amran bin Hj. Mat Zain, Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM dan YAA Tun Tengku Maimun binti Tuan Mat, Ketua Hakim Negara (KHN).

.

Majlis ini diadakan bertujuan untuk mengeratkan hubungan dan kerjasama strategik antara Badan Kehakiman Syariah dan Badan Kehakiman Sivil, mendapat input-input terkini perkhidmatan pentadbiran yang disediakan, berkongsi perkembangan semasa badan kehakiman masing-masing dan saling bertukar-tukar pandangan bagi mencapai titik-titik persamaan yang ada dalam mengangkat martabat kehakiman dan perundangan Negara supaya sama-sama menjunjung ruh dan semangat Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan.

.

Delegasi JKSM diketuai oleh YAA Dato’ KP/KHS JKSM, turut hadir YA Hakim-hakim Mahkamah Rayuan Syariah JKSM, YAA Ketua Hakim Syarie Negeri-negeri (JKSN) dan pegawai-pegawai Syariah JKSM. Manakala dari Badan Kehakiman Sivil pula diketuai oleh YAA Tun Ketua Hakim Negara Malaysia dan diiringi YAA Hakim Besar Malaya, YAA Hakim Besar Sabah dan Sarawak, YA Hakim-hakim Mahkamah Persekutuan, YA Hakim-hakim Mahkamah Rayuan, YA Hakim-hakim Mahkamah Tinggi, Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan dan Pegawai-pegawai Kehakiman dari Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi Sivil.

.

YAA Tun dan Badan Kehakiman Sivil menyambut dan mengalu-alukan kunjungan delegasi JKSM ke majlis ini. Delegasi JKSM diberi penghormatan melawat Dewan Mahkamah, muzium kehakiman, perpustakaan dan mendengar taklimat berkenaan E-Kehakiman hasil inovasi badan kehakiman untuk kemudahan pengamal undangan-undang serta masyarakat yang berurusan di Mahkamah Sivil.

.

Kunjung hormat ini memberi impak yang sangat positif kepada kerjasama strategik antara 2 Badan Kehakiman Negara yang meletakkan asas ihsan, itqan dan keadilan sebagai teras dalam penyampaian perkhidmatan sebagaimana digagaskan oleh al-Quran surah al-Maidah ayat 8 dalam memperkasakan Institusi Kehakiman di Malaysia.

Last Updated on October 12, 2023

Kalendar JKSM

Events in March 2025

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
February 24, 2025(1 event) February 25, 2025 February 26, 2025 February 27, 2025 February 28, 2025 March 1, 2025 March 2, 2025
March 3, 2025 March 4, 2025 March 5, 2025 March 6, 2025 March 7, 2025(1 event) March 8, 2025 March 9, 2025
March 10, 2025(1 event) March 11, 2025(2 events) March 12, 2025(1 event) March 13, 2025(1 event) March 14, 2025 March 15, 2025 March 16, 2025
March 17, 2025(1 event) March 18, 2025 March 19, 2025 March 20, 2025 March 21, 2025 March 22, 2025 March 23, 2025
March 24, 2025 March 25, 2025 March 26, 2025 March 27, 2025 March 28, 2025 March 29, 2025 March 30, 2025
March 31, 2025 April 1, 2025 April 2, 2025 April 3, 2025 April 4, 2025 April 5, 2025 April 6, 2025