­
MAJLIS DINNER TALK PEGAWAI-PEGAWAI SYARIAH NEGERI TERENGGANU > JKSM : Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia

MAJLIS DINNER TALK PEGAWAI-PEGAWAI SYARIAH NEGERI TERENGGANU

KUALA TERENGGANU | YAA Dato’ Hj. Mohd Amran bin Hj. Mat Zain, Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie (JKSM) telah diundang untuk menghadiri Majlis Dinner Talk anjuran Persatuan Pegawai-Pegawai Syariah Negeri Terengganu dengan kerjasama Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) di Hotel Raia, Convention Centre, Terengganu.

.

Majlis ini telah disempurnakan oleh YB Senator Dato’ Setia Dr. Hj. Mohd Naim bin Hj. Mokhtar, Menteri Hal Ehwal Agama di Jabatan Perdana Menteri (JPM).

.

Hadir sama, YB Penasihat Undang-undang Negeri, YDP MAIDAM, YB Pengerusi JK Penerangan, Dakwah dan Pemerkasaan Syariah Negeri, Sohibus Samahah Mufti dan dif-dif kehormat serta seluruh pegawai-pegawai

Syariah negeri Terengganu.

.

Semoga pertemuan pada malam ini dapat mengukuhkan ukhuwah dan menyatukan hati pegawai-pegawai Syariah negeri bersama agensi di peringkat negeri dan persekutuan ke arah melaksanakan gerak kerja pemerkasaan pentadbiran kehakiman dan perundangan Syariah di negara ini.

Last Updated on August 25, 2023