Mahkamah Syariah mungkin laksana semula prosiding hingga malam

Datuk Dr Mohd Na’im. FOTO NSTP

JABATAN Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) mungkin melaksanakan semula prosiding mahkamah sehingga malam.

Ketua Pengarahnya, Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, pihaknya menggalakkan mahkamah malam mengambil kira tiga bulan tidak mendengar kes susulan pandemik Covid-19.

Menurutnya, mahkamah ditutup dan sebahagian beroperasi susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan 18 Mac lalu diikuti PKP Bersyarat (PKPB).

“Berlaku lambakan kes, jadi akan wujudkan semula mahkamah malam bergantung kepada mahkamah syariah di negeri.

“Mahkamah akan bersidang dari 6 petang hingga 8 malam atau 7 hingga 9 malam. Kemungkinan besar mahkamah malam akan dihidupkan semula,” katanya.

Beliau berkata demikian di siaran langsung di Facebook malam tadi ketika soal jawab dalam talian bersama Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) Musa Awang.

Soal jawab itu mengupas normal baharu operasi dan prosedur operasi standard (SOP) Mahkamah Syariah seluruh negara pasca PKP/PKPB.

Mohd Na’im berkata, mahkamah syariah pada bila-bila masa sudah bersedia untuk beroperasi dengan kelaziman baharu menerusi SOP yang dikeluarkan JKSM selaras garis panduan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Selain itu, pindaan dicadangkan nanti kita juga akan melihat bagaimana melaksanakan persidangan atau perbicaraan secara dalam talian.

“Saya percaya persidangan, seminar, pengurusan kes dan bicara dalam talian akan jadi normal baharu yang tidak biasa dilaksanakan sebelum PKP.

“Jadi untuk warga mahkamah syariah di seluruh negara termasuk saya, mengambil kesempatan ini mengajak peguam syarie menerima normal baharu ini sebagai menunjukkan fleksibiliti dan keanjalan syariat Islam kepada penyelesaian masalah yang ada,” katanya.

Beliau berkata, kegagalan untuk menerima dan mengadaptasi normal baharu itu seterusnya menyebabkan warga kerja serta sistem mahkamah syariah akan ketinggalan.

Terdahulu, katanya, dalam tempoh PKP sejak 18 Mac lalu pihaknya sudah mengadakan lima siri mesyuarat khas untuk membangunkan SOP pengendalian kes di Mahkamah Syariah di seluruh negara.

“Ia bagi membolehkan kerajaan melalui Majlis Keselamatan Negara (MKN) membenarkan mahkamah syariah untuk beroperasi.

“”Kita sudah menulis surat kepada MKN pada 14 April dan dapat jawapan pada 24 April untuk membenarkan mahkamah syariah beroperasi secara terhad.

“Ia bertujuan mengimbangi keperluan PKP dengan pada masa sama membenarkan mahkamah syariah mengendalikan beberapa kes yang dikategorikan sebagai kes terdesak,” katanya.

Sumber: Harian Metro

Last Updated on December 10, 2021

Kalendar JKSM

Events in November 2024

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
October 28, 2024(1 event) October 29, 2024(1 event) October 30, 2024 October 31, 2024 November 1, 2024 November 2, 2024 November 3, 2024
November 4, 2024(1 event) November 5, 2024 November 6, 2024 November 7, 2024 November 8, 2024(1 event) November 9, 2024 November 10, 2024
November 11, 2024(1 event) November 12, 2024 November 13, 2024(1 event) November 14, 2024(1 event) November 15, 2024 November 16, 2024 November 17, 2024
November 18, 2024 November 19, 2024 November 20, 2024 November 21, 2024 November 22, 2024 November 23, 2024 November 24, 2024
November 25, 2024 November 26, 2024 November 27, 2024 November 28, 2024 November 29, 2024 November 30, 2024 December 1, 2024