LAWATAN KERJA KE INSTITUT LATIHAN DAN KEFAHAMAN ISLAM ANGKATAN TENTERA MALAYSIA – ILMI ATM, PORT DICKSON, NEGERI SEMBILAN UNTUK KURSUS PROFESIONAL SULH MEDIASI {USIM-JKSM) DAN OUTREACH SULH

23 Mei 2023 | Delegasi Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) yang diketuai oleh Tuan Abu Suffian bin Abu Yaziz Pengarah Bahagian Pendaftaran Keurussetiaan dan Rekod hari ini telah mengadakan Lawatan Kerja ke Institut Latihan dan Kefahaman Islam Angkatan Tentera Malaysia – ILMI ATM, Port Dickson, Negeri Sembilan.

Ketibaan delegasi JKSM telah disambut sendiri oleh YBrs. Lt Kol Ismail bin Wahab (Komandan Institut Latihan dan Kefahaman Islam ATM) bersama YBrs. Lt Kol Mohd Nizar Zahrin bin Zakaria serta beberapa anggota KAGAT yang lain.

Lawatan kerja ini diadakan bagi membincangkan dua Program Kerjasama yang antara JKSM dengan KAGAT yang akan diadakan pada tahun ini iaitu Outreach (OR) Sulh dan Kursus Kemahiran Profesional Sulh-Mediasi yang akan dibuat oleh JKSM dengan kerjasama Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan KAGAT. Sehubungan dengan itu lawatan dan perbincangan ini diharapkan dapat melancarkan program yang akan dilaksanakan.

Delegasi JKSM telah dibawa meninjau fasiliti di sekitar Institut Latihan dan Kefahaman Islam Angkatan Tentera Malaysia – ILMI yang akan digunakan sepanjang program berlansung. Turut hadir sewaktu kunjungan tersebut adalah Puan Neney Shuhaidah binti Shamsuddin (Pengarah Bahagian Latihan JKSM), YBrs Dr Hendun binti Abd Rahman Shah (Fellow /Pensyarah Fakulti Syariah Undang-Undang USIM, Puan Norul Aina binti Bahari (Penolong Pengarah Kanan Seksyen Sulh JKSM) serta Pn Juhaida binti Omar (Penolong Pegawai Syariah Seksyen Sulh JKSM.

Last Updated on May 23, 2023

Kalendar JKSM

Events in April 2026

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
March 30, 2026 March 31, 2026 April 1, 2026 April 2, 2026 April 3, 2026 April 4, 2026 April 5, 2026
April 6, 2026 April 7, 2026 April 8, 2026 April 9, 2026 April 10, 2026 April 11, 2026 April 12, 2026
April 13, 2026 April 14, 2026 April 15, 2026 April 16, 2026 April 17, 2026 April 18, 2026 April 19, 2026
April 20, 2026 April 21, 2026 April 22, 2026 April 23, 2026 April 24, 2026 April 25, 2026 April 26, 2026
April 27, 2026 April 28, 2026 April 29, 2026 April 30, 2026 May 1, 2026 May 2, 2026 May 3, 2026