KURSUS SIJIL EKSEKUTIF KEMAHIRAN ISTINBAT HUKUM DALAM PENGHAKIMAN SYARIE (KIPSYA) Siri -2/2023

PUTRAJAYA, 18 Mei –

Bahagian Latihan, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) telah mengadakan Kursus Sijil Eksekutif Kemahiran Istinbat Hukum Dalam Penghakiman Syarie (KIPSYA) Siri 2 bermula pada 17 hingga 18 Mei 2023 dengan kerjasama Institut Fatwa dan Halal (iFFAH) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) di JKSM Putrajaya.

Objektif kursus ini diadakan adalah bertujuan untuk:

1. Memantapkan pemahaman para peserta berkenaan Pengenalan kepada al-Fiqh, usul al-Fiqh, al-Qada dan dalil-dalil utama hukum Syarak dalam penghakiman Syarie.

2. Memantapkan pemahaman para peserta berkenaan

kaedah interpretasi teks Nas Syarak dalam bidang perundangan dan kehakiman Syariah yang terdiri dari Wad’u al-Lafz Li al-Ma’na, Isti’mal al-Lafz fi al-Ma’na, Dalalat al-Lafz ‘ala al-Ma’na dan Kaifiyah Dalalat al-Lafz ‘ala al-Ma’na.

Para penceramah juga kerap kali dalam kuliah sepanjang 2 hari ini amat menitik beratkan kepada para peserta berkenaan pemahaman kepada hukum-hakam serta memahami fekah al-Waqi’ dalam membuat alasan penghakiman.

KIPSYA siri 2 ini dikendalikan oleh Prof Madya Mohd Nasir bin Abdul Majid, Pensyarah Kanan, Fakulti Syariah dan Undang-undang (FSU) USIM, Prof. Madya Dr. Abdul Manan bin Ismail, Pengarah Akademi Fiqh Islami (AFHAM) USIM dan Prof. Dr. Irwan bin Mohd Subri, Professor di Fakulti Syariah dan Undang-undang / Pengarah Institut Fatwa dan Halal (IFFAH), USIM.

Kursus tersebut telah dihadiri seramai 30 orang peserta (kumpulan kedua) terdiri dalam kalangan YA Hakim-hakim Mahkamah Tinggi Syariah seluruh Malaysia dan Pegawai-pegawai Syariah seluruh Malaysia.

Last Updated on May 18, 2023

Kalendar JKSM

November 25, 2024