KUNJUNGAN MAHABBAH KETUA PENGARAH/KETUA HAKIM SYARIE JKSM KEPADA KETUA HAKIM SYARIE KELANTAN

Kota Bharu | Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM YAA Dato’ Hj. Mohd Amran bin Hj. Mat Zain telah mengadakan kunjungan mahabbah kepada YAA Tuan Hj. Ibrahim bin Deris bertempat di Kompleks Mahkamah Syariah, Kota Bharu, Kelantan.

YAA Dato’ KP/KHS JKSM menyampaikan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada YAA KHS dan warga JKSN Kelantan atas kesudian meluangkan masa menerima kunjungan ini dan atas komitmen yang tinggi terhadap pelbagai program anjuran JKSM.

Kunjungan ini mengetengahkan perancangan kerja dan perkembangan terkini JKSM dan JKSNK, di samping bertukar-tukar pandangan dan idea-idea baharu selain mengukuhkan hubungan silaturrahim antara JKSM dan JKSNK.

Kunjungan ini diakhiri dengan penyampaian cenderahati antara JKSM dan JKSNK.

Turut serta dalam kunjungan mahabbah ini ialah Pengarah Kanan (Kehakiman) JKSM, Tuan Mohamad Zakian bin Dio dan pegawai-pegawai Syariah negeri Kelantan.

Last Updated on June 27, 2023

Kalendar JKSM

November 25, 2024