08 Jun 2023| Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM, YAA Dato’ Haji Mohd Amran bin Haji Mat Zain berkesempatan mengadakan kunjungan hormat ke pejabat S.S. Prof Madya Datuk Dr. Luqman bin Haji Abdullah, Mufti Wilayah Persekutuan.
Antara objektif perbincangan dua hala tersebut adalah bagi mengeratkan lagi hubungan antara kedua-dua agensi, di samping merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih daripada JKSM kepada Pejabat Mufti atas pelawaan bagi menyertai kursus Al-Ifta’ di Mesir.
Turut hadir ialah Tuan Haji Nassir bin Haji Abdul Aziz, Ketua Pendaftar JKSM.
Last Updated on June 8, 2023