KUNJUNGAN HORMAT KETUA PENGARAH/KETUA HAKIM SYARIE JKSM KE ATAS KETUA PENGARAH PENDAFTARAN NEGARA

PUTRAJAYA| Sesi kunjungan hormat Ketua Pengarah/Ketua hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia ke atas YBrs. Tuan Zamri bin Misman, Ketua Pengarah Pendaftaran Negara, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) telah berlangsung di Bilik Mesyuarat Kamar Gemilang, JPN pada 11 September 2023.

Delegasi diketuai oleh YAA Dato’ Hj. Mohd Amran bin Hj. Mat Zain, Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM yang turut disertai oleh YAA Tuan Mohd. Asri bin Tahir, Ketua Hakim Syarie, Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Ketua Pendaftar JKSM, wakil daripada Bahagian Undang-Undang, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan pegawai Bahagian Dasar dan Penyelidikan, JKSM.

Pihak JPN pula dihadiri, antaranya oleh Tuan Saiful Yazan bin Alwi, Timbalan Ketua Pengarah Pendaftaran Negara (Operasi), Pengarah-Pengarah Bahagian Kelahiran, Kematian dan Anak Angkat dan Bahagian Dasar dan Pemodenan, Penasihat Undang-Undang dan pegawai-pegawai Bahagian Kelahiran, Kematian dan Anak Angkat.

YBrs. Tuan Ketua Pengarah Pendaftaran Negara mengalu-alukan kehadiran JKSM, MSWP dan JAKIM. Antara perbincangan dalam sesi kunjungan hormat ini adalah berkaitan dengan isu permohonan pengangkatan dan pendaftaran pengangkatan anak oleh orang Islam dan isu-isu lain berkaitan dengan mahkamah syariah dan JPN.

Semoga dengan kunjungan hormat ini akan merintis ruang kerjasama strategik yang lebih erat antara jabatan-jabatan ini demi kepentingan bersama.

Last Updated on September 20, 2023

Kalendar JKSM

Events in May 2025

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
April 28, 2025 April 29, 2025 April 30, 2025 May 1, 2025 May 2, 2025 May 3, 2025 May 4, 2025
May 5, 2025 May 6, 2025 May 7, 2025 May 8, 2025 May 9, 2025 May 10, 2025 May 11, 2025
May 12, 2025 May 13, 2025 May 14, 2025 May 15, 2025 May 16, 2025 May 17, 2025 May 18, 2025
May 19, 2025 May 20, 2025 May 21, 2025 May 22, 2025 May 23, 2025 May 24, 2025 May 25, 2025
May 26, 2025 May 27, 2025 May 28, 2025 May 29, 2025 May 30, 2025 May 31, 2025 June 1, 2025