Β­
KUNJUNGAN HORMAT BAHAGIAN SOKONGAN KELUARGA JKSM KE JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH NEGERI JOHOR > JKSM : Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia

KUNJUNGAN HORMAT BAHAGIAN SOKONGAN KELUARGA JKSM KE JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH NEGERI JOHOR

JOHOR BAHRU, 31 Mei 2023: Bahagian Sokongan Keluarga (BSK) Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) yang diketuai oleh Tuan Mohamad Zakian bin Dio, Pengarah Kanan (Kehakiman) dan Puan Maria binti Jilani,Pengarah Bahagian Sokongan Keluarga JKSM telah mengadakan kunjungan hormat ke atas YAA Tuan Muhammad Khaldun bin Mohamad Sharif, Ketua Hakim Syarie, Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Johor bertempat di Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Johor, Johor Bahru.

Delegasi ini telah mengadakan perbincangan tentang perkara-perkara melibatkan perkembangan operasi BSK JKSM yang berperanan membantu golongan yang tidak berkemampuan menerusi tindakan khidmat nasihat, proses perbicaraan di Mahkamah dan juga penyaluran pendahuluan atau bantuan nafkah.

Di samping itu, kunjungan hormat ini adalah bagi mengeratkan hubungan antara BSK JKSM dengan Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Johor.

Turut serta dalam kunjungan hormat ini ialah Tuan Mohd Yusof bin Sulaiman, Ketua Penolong Pengarah BSK, Tuan Ahmad Faizal Tahiron, Penolong Pengarah BSK JKSM dan Puan Nurdiyana binti Aziz , Penolong Pengarah BSK Seksyen Negeri Johor.

Usai perbincangan tersebut, delegasi yang diketuai oleh Pengarah Kanan (Kehakiman) menyampaikan penghargaan ucapan terima kasih di atas kesudian YAA Tuan meluangkan masa menerima kunjungan hormat ini.

Last Updated on May 31, 2023

Recent Posts

𝐘𝐁 πŒπ„ππ“π„π‘πˆ πƒπˆ π‰ππŒ (𝐇𝐀𝐋 𝐄𝐇𝐖𝐀𝐋 π€π†π€πŒπ€) π‘π€π’πŒπˆπŠπ€π πˆπ…π“π€π‘ π‰π€πŒπ€πˆπ„ πŸπŸ’πŸ’πŸ”/πŸπŸŽπŸπŸ“ & 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐍𝐂𝐀𝐑𝐀𝐍 β€œπ“πˆππ“π€ 𝐒𝐔𝐋𝐇” – πŒπ„πŒπ€π‘π“π€ππ€π“πŠπ€π ππ„ππ˜π„π‹π„π’π€πˆπ€π ππ„π‘π“πˆπŠπ€πˆπ€π 𝐒𝐄𝐂𝐀𝐑𝐀 𝐒𝐔𝐋𝐇

Read More Β»

π‰πŠπ’πŒ & π‰πŠπ’π 𝐓𝐄𝐑𝐄𝐍𝐆𝐆𝐀𝐍𝐔 ππ„π‘πŠπ”πŠπ”π‡ π’πˆππ„π‘π†πˆ – πŠπ„π“π”π€ 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐑𝐀𝐇/πŠπ„π“π”π€ π‡π€πŠπˆπŒ π’π˜π€π‘πˆπ„ π“π„π‘πˆπŒπ€ πŠπ”ππ‰π”ππ†π€π π‡πŽπ‘πŒπ€π“ π˜π€π€ πŠπ„π“π”π€ π‡π€πŠπˆπŒ π’π˜π€π‘πˆπ„ 𝐓𝐄𝐑𝐄𝐍𝐆𝐆𝐀𝐍𝐔

Read More Β»

Follow Us