KUNJUNG HORMAT KETUA PENGARAH / KETUA HAKIM SYARIE JKSM KE PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG

GEORGETOWN, 02 Mei 2023 l YAA Dato’ Haji Mohd Amran bin Haji Mat Zain; Ketua Pengarah / Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) bersama YAA Dato’ Muhamad Abdul Karim bin Wahab; Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang (JKSNPP) telah mengadakan kunjungan hormat kepada Yang Berhormat Dato’ Mohd Sayuthi bin Bakar; Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang (SUKPP) di pejabatnya pada pagi ini di sini.

Kunjungan hormat ini merupakan kunjungan rasmi pertama YAA Dato’ Haji Mohd Amran bin Haji Mat Zain ke SUKPP sejak dilantik sebagai Ketua Pengarah / Ketua Hakim Syarie JKSM pada 10 April 2023 yang lalu. Pertemuan dua hala ini bertujuan membincangkan dan memperkukuhkan kerjasama strategik di antara dua agensi persekutuan dan negeri dalam memberikan perkhidmatan kehakiman syariah yang terbaik di negeri ini. Antara yang dibincangkan juga adalah melibatkan isu-isu penempatan pegawai dan kakitangan persekutuan di negeri ini termasuklah juga melibatkan kecukupan pegawai dan kakitangan di JKSNPP.

Selain itu, pertemuan ini juga menjadi platform perkongsian pendapat serta pandangan antara JKSM, JKSNPP dan SUKPP dalam memperkasakan amalan tadbir urus yang baik selaras dengan Nilai Teras Keselamatan Negara yang terkandung dalam Dasar Keselamatan Negara (DKN) 2021-2025.

Sejurus selepas itu, YAA Dato’ Haji Mohd Amran bin Haji Mat Zain; Ketua Pengarah / Ketua Hakim Syarie JKSM telah berbesar hati menyampaikan sumbangan kepada mangsa ribut dan banjir yang melibatkan kakitangan JKSNPP.

Last Updated on May 2, 2023

Kalendar JKSM

Events in October 2024

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
September 30, 2024 October 1, 2024 October 2, 2024 October 3, 2024 October 4, 2024 October 5, 2024 October 6, 2024
October 7, 2024 October 8, 2024 October 9, 2024 October 10, 2024(2 events) October 11, 2024 October 12, 2024 October 13, 2024
October 14, 2024(2 events) October 15, 2024 October 16, 2024 October 17, 2024 October 18, 2024 October 19, 2024 October 20, 2024
October 21, 2024(1 event) October 22, 2024(1 event) October 23, 2024(1 event) October 24, 2024 October 25, 2024(1 event) October 26, 2024 October 27, 2024
October 28, 2024(1 event) October 29, 2024(1 event) October 30, 2024 October 31, 2024 November 1, 2024 November 2, 2024 November 3, 2024