KUNJUNG HORMAT BAHAGIAN SOKONGAN KELUARGA JKSM KE JKS NEGERI SEMBILAN

16 Februari 2023 (KHAMIS)- Bahagian Sokongan Keluarga (BSK) JKSM telah mengadakan kunjung hormat BSK JKSM Ke Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sembilan dan lawatan kerja ke Mahkamah Syariah Port Dickson yang diketuai oleh Tuan Mohd Yusof bin Sulaiman, Ketua Penolong Pengarah BSK JKSM.

Sesi taklimat telah disampaikan oleh Tuan Mohd Alimi bin Mohamad, Penolong Pengarah Kanan BSK Seksyen Negeri Sembilan dan YBrs. Tuan Dr. Zul Zaidi bin Mahmod mewakili pihak JKSNS.

Tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk memberikan pendedahan kepada Pegawai lantikan baharu BSK JKSM berkenaan operasi dan pentadbiran Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sembilan dan BSK Seksyen Negeri Sembilan berkaitan penguatkuasaan dan pelaksanaan perintah Nafkah di Mahkamah Syariah.

Last Updated on February 16, 2023

Kalendar JKSM

November 25, 2024