Ketua Polis Negara terima kunjungan hormat Latheefa Koya, Dr Mohd Na’im

ABDUL Hamid menerima kunjungan hormat daripada Latheefa dan Dr Mohd Na’im di Bukit Aman, pagi tadi.

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador hari ini menerima kunjungan hormat daripada Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia yang baharu, Latheefa Koya, di Bukit Aman, pagi tadi.

Abdul Hamid turut menerima kunjungan hormat daripada Ketua Pengarah Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM )Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar, yang juga Ketua Hakim Syarie Malaysia.

Kunjungan hormat itu bertujuan untuk memperkasakan lagi hubungan kerjasama di antara PDRM dengan SPRM serta JKSM.

Latheefa dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baharu bagi tempoh kontrak selama dua tahun berkuat kuasa 1 Jun lalu manakala Dr Mohd Na’im dilantik sebagai Ketua Pengarah JKSM pada 26 Mac lalu.

Sumber: BH Online

Last Updated on December 10, 2021

Kalendar JKSM

November 25, 2024