JKSM jadi agensi penyelaras Mahkamah Syariah seluruh negara

Mohd Na’im (kiri) menjadi menjadi salah seorang panel pembentang Kolokium Perundangan dan Kehakiman Syariah Tahun 2021 di Dewan Bankuet Jabatan Kehakiman Syariah Perak, Ipoh pada Selasa.

IPOH – Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) akan menjadi agensi penyelaras bagi Mahkamah Syariah di seluruh negara dalam usaha meningkatkan martabat dan membawa pembaharuan terhadap institusi itu.

Ketua Pengarah JKSM, Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, antara yang sedang diusahakan adalah menambah hierarki Mahkamah Syariah negeri-negeri menjadi empat tingkat seperti yang dilaksanakan di Perak.

Menurut beliau, ketika ini semua Mahkamah Syariah negeri hanya mempunyai Mahkamah Rendah Syariah, Mahkamah Tinggi Syariah dan Mahkamah Rayuan Syariah kecuali Perak yang mempunyai Mahkamah Utama Syariah.

“Saya dalam dua minggu lepas ada perbincangan khas dengan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah membentangkan tentang pemerkasaan Mahkamah Syariah ini dengan peningkatan mahkamah seperti berlaku di Perak.

“Alhamdulillah, Seri Paduka Baginda telah memberi perkenan dan JKSM akan menjadi agensi penyelaras Mahkamah Syariah seluruh negara,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menjadi salah seorang panel pembentang Kolokium Perundangan dan Kehakiman Syariah Tahun 2021 di Dewan Bankuet Jabatan Kehakiman Syariah Perak di sini pada Selasa.

Perasmian kolokium tersebut disempurnakan Exco Pembangunan Luar Bandar, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Perak, Datuk Zainol Fadzi Paharudin mewakili Menteri Besar Perak.

Hadir sama pada majlis itu, Pengarah Jabatan Kehakiman Syariah Perak, Ab Rahman Thobroni Mohd Mansor dan Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Musa Awang.

Mohd Na’im berkata, dengan kewujudan satu lagi Mahkamah Syariah seperti Mahkamah Utama Syariah di Perak itu akan memberikan keadilan kepada kes-kes lebih besar nilainya.

Sumber : Sinar Harian

Last Updated on December 8, 2021

Kalendar JKSM

Week of Nov 25th

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
November 25, 2024 November 26, 2024 November 27, 2024 November 28, 2024 November 29, 2024 November 30, 2024 December 1, 2024