JKSM DI KARNIVAL AL-FALAH

TUMPAT | Bahagian Sokongan Keluarga (BSK,) Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia antara agensi agama yang turut serta sebagai pempamer bagi pameran dan khidmat agensi Hal Ehwal Agama sempena Karnival Al-Falah yang diadakan di Sekolah Menengah Kampung Laut di Tumpat,Kelantan.

Karnival ini telah dirasmikan oleh YB Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Naim bin Haji Mokhtar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dalam Program Siri Jelajah Transformasi Al-Falah Peringkat Negeri Kelantan.

Pempamer JKSM terdiri daripada Bahagian Sokongan Keluarga JKSM dan JKSN Kelantan telah memberikan nasihat perundangan berkaitan penguatkuasaan dan pelaksanaan perintah nafkah. Manakala,naskah terbitan JKSM seperti Jurnal Hukum dan bacaan ilmiah berkaitan hukum syarak dan perundangan Islam telah dipromosikan oleh Bahagian Pusat Sumber Maklumat dan Penerbitan.

Turut hadir YAA Dato’ Haji Mohd Amran bin Haji Mat Zain,Ketua Pengarah/ Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia. Puan Maria binti Jilani, Pengarah Bahagian Sokongan Keluarga JKSM dan Puan Rafidah binti Abdul Razak, Ketua Penolong Pengarah BPSMP JKSM juga hadir dalam pameran tersebut.

Pameran ini merupakan salah satu pendekatan untuk menyantuni dan menyampaikan maklumat kepada masyarakat.

Last Updated on July 15, 2023

Kalendar JKSM

Events in May 2025

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
April 28, 2025 April 29, 2025 April 30, 2025 May 1, 2025 May 2, 2025 May 3, 2025 May 4, 2025
May 5, 2025 May 6, 2025 May 7, 2025 May 8, 2025 May 9, 2025 May 10, 2025 May 11, 2025
May 12, 2025 May 13, 2025 May 14, 2025 May 15, 2025 May 16, 2025 May 17, 2025 May 18, 2025
May 19, 2025 May 20, 2025 May 21, 2025 May 22, 2025 May 23, 2025 May 24, 2025 May 25, 2025
May 26, 2025 May 27, 2025 May 28, 2025 May 29, 2025 May 30, 2025 May 31, 2025 June 1, 2025