[language-switcher]

Bahagian Teknologi Maklumat dan Komunikasi

Bahagian Teknologi Maklumat dan Komunikasi merupakan salah satu bahagian yang dikawal selia oleh Pengarah Kanan Pengurusan Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia dan bahagian tersebut diketuai oleh Pengarah Bahagian Gred F13. Bilangan perjawatan adalah sebanyak 80 jawatan. BTMK, JKSM terdiri dari 2 Seksyen iaitu Seksyen Pembangunan ICT dan Seksyen Operasi. Selain itu, Unit ICT di Jabatan Kehakiman Syariah Negeri / Mahkamah Syariah Negeri (JKSN/MSN) juga di bawah seliaan Pengarah BTMK, JKSM.

Bahagian Teknologi Maklumat dan Komunikasi JKSM berperanan dan melaksanakan fungsi mengikut ketetapan berikut;

  • Merancang, membangun, menyelenggara dan memantau sistem maklumat utama Jabatan merangkumi sistem dan portal E-Syariah, laman web rasmi dan aplikasi sokongan.
  • Merancang, menyedia dan menyelenggara infrastruktur ICT Jabatan merangkumi rangkaian, keselamatan ICT, perkakasan, perisian, operasi pusat data termasuklah khidmat sokongan teknikal.
  • Merancang dan melaksana perolehan serta mentadbir kontrak ICT Jabatan.
  • Merancang, membangun dan menguatkuasa dasar dan garis panduan ICT Jabatan, termasuklah pematuhan terhadap pekeliling berkaitan ICT Sektor Awam yang bekuatkuasa.
  • Merancang dan melaksana program tadbir urus ICT merangkumi pembangunan kemahiran, pembudayaan ICT, keurusetiaan dan penganjuran acara berkaitan ICT Jabatan.
  • Menyediakan sokongan teknikal bagi pembangunan kandungan multimedia Jabatan.

Kalendar JKSM

Events in April 2025

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
March 31, 2025 April 1, 2025 April 2, 2025 April 3, 2025 April 4, 2025 April 5, 2025 April 6, 2025
April 7, 2025 April 8, 2025 April 9, 2025 April 10, 2025 April 11, 2025(1 event) April 12, 2025 April 13, 2025
April 14, 2025 April 15, 2025(2 events) April 16, 2025 April 17, 2025 April 18, 2025(2 events) April 19, 2025 April 20, 2025
April 21, 2025(1 event) April 22, 2025 April 23, 2025 April 24, 2025 April 25, 2025 April 26, 2025 April 27, 2025
April 28, 2025 April 29, 2025 April 30, 2025 May 1, 2025 May 2, 2025 May 3, 2025 May 4, 2025