Agong terima menghadap Ketua Pengarah Jabatan Kehakiman Syariah

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah (kiri) berkenan menerima menghadap Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar di Istana Negara hari ini. – Foto Bernama

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan menerima menghadap Ketua Pengarah merangkap Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar di Istana Negara, di sini.

JKSM dalam satu kenyataan menyatakan bahawa pertemuan selama 45 minit itu berlangsung dalam suasana yang sangat mesra.

“Banyak perkara berkaitan syariah dan perundangan syariah dibincangkan.

“Mohd Na’im juga berkesempatan menyampaikan ucapan tahniah mewakili warga JKSM, Jabatan Kehakiman Syariah Negeri dan Mahkamah Syariah Negeri atas pelantikan baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16,” menurut kenyataan itu.

Mohd Na’im dilantik memegang jawatan tersebut pada Mac lepas bagi menggantikan Datuk Mukhyuddin Ibrahim yang menerajui JKSM sejak 2017. -Bernama

Sumber: Sinar Harian

Last Updated on December 10, 2021

Kalendar JKSM

Events in July 2025

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
June 30, 2025 July 1, 2025 July 2, 2025 July 3, 2025 July 4, 2025 July 5, 2025 July 6, 2025
July 7, 2025 July 8, 2025 July 9, 2025 July 10, 2025 July 11, 2025 July 12, 2025 July 13, 2025
July 14, 2025 July 15, 2025 July 16, 2025 July 17, 2025 July 18, 2025 July 19, 2025 July 20, 2025
July 21, 2025 July 22, 2025 July 23, 2025 July 24, 2025 July 25, 2025 July 26, 2025 July 27, 2025
July 28, 2025 July 29, 2025 July 30, 2025 July 31, 2025 August 1, 2025 August 2, 2025 August 3, 2025