π·πΌπ»πΉπ¨π±π¨ππ¨ | YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama),YB Senator Dato’ Setia Dr. Naim bin Haji Mokhtar, petang ini hadir merasmikan Majlis Iftar Jamaie di Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM). Majlis ini turut mencatat sejarah dengan pelancaran βπ»ππππ πΊπππ, π±π²πΊπ΄β, sebuah inisiatif penting dalam memperkukuh sistem penyelesaian pertikaian secara Sulh di Malaysia.
Majlis anjuran bersama JKSM, Persatuan Pegawai Syariah Malaysia (PPSM) dan Kelab Kebajikan dan Sukan JKSM (KKS) ini bertujuan mengeratkan hubungan antara warga kehakiman syariah serta masyarakat, selain menyantuni anak-anak yatim dan asnaf dalam suasana penuh keberkatan di bulan Ramadan.
Acara bermula dengan ketibaan tetamu jemputan pada jam 6.00 petang, diikuti dengan ucapan Kolonel Bersekutu (PA) Datoβ Seri Haji Abdul Malik Abdullah, Pengerusi Federation of Malaysian Business Association (FMBA), serta YAA Datoβ Hj Mohd Amran bin Mat Zain, Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syariee JKSM.
Dalam ucapan perasmiannya, YB Menteri di JPM (Hal Ehwal Agama) menegaskan kepentingan institusi kehakiman syariah dan PPSM dalam menjaga kebajikan para pegawai Syariah dan masyarakat Islam, termasuk mempromosikan pendekatan penyelesaian pertikaian secara Sulh. Beliau turut melancarkan βTinta Sulh, JKSMβ, sebuah makalah yang menghimpunkan koleksi penulisan Pegawai Sulh dari seluruh negara.
“Saya berharap makalah ini dapat membantu masyarakat memahami kaedah penyelesaian pertikaian menerusi Sulh, mengarusperdanakan peranannya serta memberikan input berharga kepada institusi perundangan dan kehakiman syariah bagi memperkasakan lagi sistem penyampaiannya,” ujar beliau.
Majlis ini turut diserikan dengan sesi penyampaian sumbangan kepada anak-anak yatim dan asnaf oleh YB Menteri, sebagai tanda keprihatinan terhadap golongan yang memerlukan.
Penganjuran majlis ini bukan sahaja mencerminkan keunggulan kehakiman syariah dalam menyantuni masyarakat, tetapi juga menandakan satu lagi langkah strategik dalam memperkasakan sistem penyelesaian pertikaian syariah di Malaysia menerusi platform Tinta Sulh, JKSM.
πΌπππ π²πππππππππ π²πππππππ
π±ππππππ π²ππππππππ πΊππππππ π΄πππππππ




Last Updated on March 11, 2025