π·πΌπ»πΉπ¨π±π¨ππ¨ | Bahagian Sokongan Keluarga pada hari ini telah mengadakan Program Pengukuhan Organisasi dan Penghayatan Pekerjaan Tahun 2025 bertempat di Rinching ATV Adventure Park, Semenyih Selangor. Tujuan program ini diadakan adalah bagi memupuk semangat berpasukan, bekerjasama, meningkatkan kecekapan dalam menyelesaikan masalah serta meningkatkan produktiviti dalam melaksanakan tugasan selain menguji kekuatan mental dan fizikal pegawai.
Program yang dihadiri oleh pegawai dan kakitangan dari Bahagian Sokongan Keluarga ini memulakan aktiviti dengan menaiki ATV mengikut trek-trek yang telah ditetapkan. Kemudian, aktiviti diteruskan dengan aktiviti air di gigi sungai dan makan tengah hari bersama-sama di samping bertukar pandangan dan cadangan dalam meningkatkan motivasi dan sokongan di dalam organisasi. Aktiviti-aktiviti program pada kali ini mendekati alam semulajadi dapat dilihat sebagai suatu simbol kesyukuran dan menghargai ciptaan Allah SWT.


Last Updated on February 3, 2025