๐๐„๐‘๐‡๐ˆ๐Œ๐๐”๐๐€๐ ๐๐”๐‹๐€๐๐€๐ ๐ƒ๐€๐ ๐’๐€๐Œ๐๐”๐“๐€๐ ๐๐”๐‹๐€๐ ๐Š๐„๐๐€๐๐†๐’๐€๐€๐ ๐€๐†๐„๐๐’๐ˆ ๐ƒ๐ˆ ๐๐€๐–๐€๐‡ ๐Œ๐„๐๐“๐„๐‘๐ˆ ๐ƒ๐ˆ ๐‰๐€๐๐€๐“๐€๐ ๐๐„๐‘๐ƒ๐€๐๐€ ๐Œ๐„๐๐“๐„๐‘๐ˆ (๐‡๐€๐‹ ๐„๐‡๐–๐€๐‹ ๐€๐†๐€๐Œ๐€)

๐‘ฉ๐‘จ๐‘ต๐‘ฎ๐‘ฐ | Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM), Jabatan Pendakwaan Syariah Wilayah Persekutuan (JAPENSWP) dan JAKIM telah menjadi penyelaras Majlis Perhimpunan dan Sambutan Bulan Kebangsaan bagi agensi-agensi di bawah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) yang berlangsung dengan jayanya di Dewan Datuk Mohd Shahir, Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Bangi.

Program bermula seawal jam 8.30 pagi dengan pendaftaran warga agensi diikuti dengan ketibaan Ketua-Ketua Agensi dan dif kehormat, YB Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dan YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)

Perhimpunan Agensi adalah amat penting kepada seluruh warga agensi untuk mengemaskini maklumat-maklumat semasa berkaitan pentadbiran hal ehwal Islam, selain mengamati hala tuju dan pengarahan semasa untuk dilaksanakan diperingkat jabatan masing-masing.

Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu kebangsaan, “Negaraku,” diikuti dengan alunan zikir Asmaul Husna dan bacaan doa. Para hadirin turut disajikan dengan tayangan khas berjudul “Malaysia MADANI: Jiwa Merdeka,” serta kompilasi program berimpak tinggi agensi di bawah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (HEA).

Dalam ucapan, YB Menteri menyatakan bahawa Agenda memartabat perundangan dan kehakiman syariah sebagai tonggak penting kepada Pelan Transformasi Al-Falah 2023-2027. Antaranya dengan Penubuhan Jawatankuasa Kehakiman Syariah Kebangsaan di bawah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI). Dalam perkara ini Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) telah diarahkan untuk mengambil tindakan segera kepada keputusan yang telah dicapai. Agenda penting perlu digerakkan dengan memohon sembah perkenan Pengerusi Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) dan juga Majlis Raja-Raja. Ini adalah tertib urusan berkaitan hal ehwal Islam adalah dibawah kuasa Kebawah Duli-Duli Yang Maha Mulia Sultan-Sultan.

Diakhir ucapan YBM mengharapkan agar semua warga agensi untuk sentiasa menjaga etika sebagai penjawat awam dan sentiasa bersama-sama menjaga disiplin diri dalam usaha kita memantapkan kualiti pentadbiran agensi hal ehwal Islam. Institusi ini amat memerlukan wahdatul fikrdan wehdatul amal daripada semua peringkat pegawai dan kakitangannya.

Dalam majlis ini YB Menteri telah melancarkan Bulan Kebangsaan Peringkat Agensi Agama dan pra-pelancaran Jubli Emas Halal Malaysia serta Global Halal Summit. Gimik pelancaran tersebut disusuli dengan nyanyian lagu patriotik “Jalur Gemilang,” menambah semangat kebangsaan dalam kalangan hadirin.

Majlis diteruskan dengan pelepasan kenderaan agensi HEA bersama Jalur Gemilang di luar dewan sebagai simbolik sambutan Bulan Kebangsaan. Acara ini bukan sahaja memperkukuhkan semangat patriotisme tetapi juga mempereratkan hubungan antara agensi-agensi di bawah naungan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), selaras dengan tema sambutan Hari Kebangsaan tahun ini โ€œJiwa Merdekaโ€.

๐‘ผ๐’๐’Š๐’• ๐‘ฒ๐’๐’Ž๐’–๐’๐’Š๐’Œ๐’‚๐’”๐’Š ๐‘ฒ๐’๐’“๐’‘๐’๐’“๐’‚๐’•

๐‘ฑ๐’‚๐’ƒ๐’‚๐’•๐’‚๐’ ๐‘ฒ๐’†๐’‰๐’‚๐’Œ๐’Š๐’Ž๐’‚๐’ ๐‘บ๐’š๐’‚๐’“๐’Š๐’‚๐’‰ ๐‘ด๐’‚๐’๐’‚๐’š๐’”๐’Š๐’‚

Last Updated on August 9, 2024

Kalendar JKSM

Events in July 2024

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
July 1, 2024 July 2, 2024 July 3, 2024 July 4, 2024 July 5, 2024 July 6, 2024 July 7, 2024
July 8, 2024 July 9, 2024 July 10, 2024 July 11, 2024 July 12, 2024 July 13, 2024 July 14, 2024
July 15, 2024 July 16, 2024 July 17, 2024 July 18, 2024 July 19, 2024 July 20, 2024 July 21, 2024
July 22, 2024 July 23, 2024 July 24, 2024 July 25, 2024 July 26, 2024 July 27, 2024 July 28, 2024
July 29, 2024 July 30, 2024 July 31, 2024 August 1, 2024 August 2, 2024 August 3, 2024 August 4, 2024