π·πΌπ»πΉπ¨π±π¨ππ¨| Satu majlis penyampaian sumbangan telah diadakan oleh Biro Kebajikan dan Pembangunan Insan KKS, JKSM bagi sesi 2024/2026 di Bilik Mesyuarat Utama (BMU), Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM). Majlis ini bertujuan untuk menyampaikan sumbangan kepada warga KKS yang telah mengalami musibah seperti kehilangan ahli keluarga (kematian) dan mereka yang dimasukkan ke hospital (warded).
Majlis ini berlangsung secara ringkas serta dengan penuh rasa kebersamaan dan kasih sayang, mencerminkan semangat persaudaraan di kalangan warga KKS ini adalah salah satu inisiatif untuk membantu meringankan beban warga yang sedang menghadapi kesukaran.
Seramai 18 orang penerima sumbangan yang telah menerima manfaat berbentuk wang tunai, disempurnakan oleh YAA Datoβ Haji Mohd Amran bin Mat Zain, Ketua Pengarah/ Ketua Hakim Syarie merangkap Penasihat KKS diiringi oleh YA Datoβ Haji Mohd Shakir bin Abdul Hamid, Pengerusi KKS Sesi 2024/2026. Turut hadir Exco tertinggi KKS dan Duta-Duta Bahagian di majlis tersebut.
Semoga bantuan ini dapat memberikan sedikit kelegaan kepada mereka yang sedang diuji. Semoga usaha ini dapat diteruskan pada masa akan datang untuk membantu lebih ramai individu yang memerlukan.


Last Updated on January 6, 2025