π·π¨πΊπ°πΉ π·πΌπ»π¬π― | Unit Transformasi E-Syariah (U-TES) Bahagian Pendaftaran Keurussetiaan dan Rekod (BPKR) dengan kerjasama Bahagian Teknologi Maklumat Komunikasi (BTMK) Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) pada hari ini meneruskan Lawatan Inspektorat Sistem E-Syariah Versi 3 (ESV3) di bumi βChe Siti Wan Kembang”.
Lokasi yang terpilih ialah Mahkamah Rendah Syariah Pasir Puteh, Kelantan. Pemilihan MRS Pasir Puteh sebagai lokasi inspektorat adalah mewakili Mahkamah Daerah yang terlibat secara langsung dalam Sistem E-Syariah Versi 3.
Fokus lawatan pada hari ini adalah untuk menilai tahap penggunaan dan kefahaman pengguna berkaitan Modul Pendaftaran Kes (Penolong Pendaftar), Modul Prosiding (Pembantu Hakim Mahkamah Rendah Syariah) dan Modul Sulh (Pegawai Sulh).
Selain itu, objektif inspektorat ini dijalankan bagi menilai tahap kepuasan pengguna Sistem ESV3.
Delegasi pada hari ini telah disambut mesra oleh barisan pegawai MRS Pasir Puteh yang diketuai wakil Hakim Mahkamah Rendah Syariah Pasir Puteh iaitu Tuan Amir Sufi bin Mohd Kamil, Pegawai Sulh MRS Pasir Puteh.
Setelah menilai tahap penggunaan modul-modul yang terlibat, secara umumnya penggunaan Sistem ESV3 di MRS Pasir Puteh adalah berada di tahap memuaskan dan wajar mendapat pujian. Para pegawai mahir menggunakan sistem dan memahami peranan yang dipertanggungjawabkan.
Walau bagaimanapun, beberapa cadangan penambahbaikan telah dikemukakan agar penggunaan Sistem ESV3 dapat dioptimumkan.
Untuk rekod, sesi pada hari ini turut dihadiri oleh Puan Hasmaniza binti Ainullah (Penolong Pengarah Kanan BTMK JKSM), Puan Marini binti Azahri (Penolong Pengarah Kanan BTMK JKSM), Encik Anas bin Jamaluddin (Penolong Pegawai Syariah Kanan UTES JKSM), Encik Shahrizan bin A Rahim (Pembantu Syariah Kanan UTES JKSM) dan Pegawai-pegawai ICT JKSN Kelantan.
Ψ§ΩΨ§ΨͺΩΩΨΩΨ§Ψ―Ω Ψ£ΩΨ³ΩΨ§Ψ³Ω Ψ§ΩΩΩΩΨ¬ΩΨ§ΨΩ
βPerpaduan adalah asas keberhasilan.β
π©πππππππ π·πππ πππππππ, π²πππππππππππ π ππ πΉππππ
π±ππππππ π²ππππππππ πΊππππππ π΄πππππππ
Last Updated on September 19, 2024