𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 πˆππ’ππ„πŠπ“πŽπ‘π€π“ π’πˆπ’π“π„πŒ 𝐄-π’π˜π€π‘πˆπ€π‡ π•π„π‘π’πˆ πŸ‘ (π„π’π•πŸ‘) πƒπˆ πŒπ€π‡πŠπ€πŒπ€π‡ 𝐑𝐄𝐍𝐃𝐀𝐇 π’π˜π€π‘πˆπ€π‡ ππ€π’πˆπ‘ 𝐏𝐔𝐓𝐄𝐇, πŠπ„π‹π€ππ“π€π

𝑷𝑨𝑺𝑰𝑹 𝑷𝑼𝑻𝑬𝑯 | Unit Transformasi E-Syariah (U-TES) Bahagian Pendaftaran Keurussetiaan dan Rekod (BPKR) dengan kerjasama Bahagian Teknologi Maklumat Komunikasi (BTMK) Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) pada hari ini meneruskan Lawatan Inspektorat Sistem E-Syariah Versi 3 (ESV3) di bumi ”Che Siti Wan Kembang”.

Lokasi yang terpilih ialah Mahkamah Rendah Syariah Pasir Puteh, Kelantan. Pemilihan MRS Pasir Puteh sebagai lokasi inspektorat adalah mewakili Mahkamah Daerah yang terlibat secara langsung dalam Sistem E-Syariah Versi 3.

Fokus lawatan pada hari ini adalah untuk menilai tahap penggunaan dan kefahaman pengguna berkaitan Modul Pendaftaran Kes (Penolong Pendaftar), Modul Prosiding (Pembantu Hakim Mahkamah Rendah Syariah) dan Modul Sulh (Pegawai Sulh).

Selain itu, objektif inspektorat ini dijalankan bagi menilai tahap kepuasan pengguna Sistem ESV3.

Delegasi pada hari ini telah disambut mesra oleh barisan pegawai MRS Pasir Puteh yang diketuai wakil Hakim Mahkamah Rendah Syariah Pasir Puteh iaitu Tuan Amir Sufi bin Mohd Kamil, Pegawai Sulh MRS Pasir Puteh.

Setelah menilai tahap penggunaan modul-modul yang terlibat, secara umumnya penggunaan Sistem ESV3 di MRS Pasir Puteh adalah berada di tahap memuaskan dan wajar mendapat pujian. Para pegawai mahir menggunakan sistem dan memahami peranan yang dipertanggungjawabkan.

Walau bagaimanapun, beberapa cadangan penambahbaikan telah dikemukakan agar penggunaan Sistem ESV3 dapat dioptimumkan.

Untuk rekod, sesi pada hari ini turut dihadiri oleh Puan Hasmaniza binti Ainullah (Penolong Pengarah Kanan BTMK JKSM), Puan Marini binti Azahri (Penolong Pengarah Kanan BTMK JKSM), Encik Anas bin Jamaluddin (Penolong Pegawai Syariah Kanan UTES JKSM), Encik Shahrizan bin A Rahim (Pembantu Syariah Kanan UTES JKSM) dan Pegawai-pegawai ICT JKSN Kelantan.

Ψ§Ω„Ψ§ΨͺΩΩ‘Ψ­ΩŽΨ§Ψ―Ω أَسَاسُ Ψ§Ω„Ω†ΩŽΩ‘Ψ¬ΩŽΨ§Ψ­Ω

β€œPerpaduan adalah asas keberhasilan.”

π‘©π’‚π’‰π’‚π’ˆπ’Šπ’‚π’ 𝑷𝒆𝒏𝒅𝒂𝒇𝒕𝒂𝒓𝒂𝒏, π‘²π’†π’–π’“π’–π’”π’†π’•π’Šπ’‚π’‚π’ 𝒅𝒂𝒏 π‘Ήπ’†π’Œπ’π’…

𝑱𝒂𝒃𝒂𝒕𝒂𝒏 π‘²π’†π’‰π’‚π’Œπ’Šπ’Žπ’‚π’ π‘Ίπ’šπ’‚π’“π’Šπ’‚π’‰ π‘΄π’‚π’π’‚π’šπ’”π’Šπ’‚

Last Updated on September 19, 2024

Recent Posts

π‰πŠπ’πŒ π“π„π‘πˆπŒπ€ πŠπ”ππ‰π”ππ†π€π π”πˆπ€πŒ: π‰π€π‹πˆππ€π π€πŠπ€πƒπ„πŒπˆπŠ ππ„π‘πŠπ”πŠπ”π‡ πˆππ’π“πˆπ“π”π’πˆ π’π˜π€π‘πˆπ€π‡

Read More Β»

π˜π€π€ πŠπ„π“π”π€ π‡π€πŠπˆπŒ π’π˜π€π‘πˆπ„ πŒπ„ππˆππ‰π€π” πŠπ€π–π€π’π€π 𝐁𝐄𝐍𝐂𝐀𝐍𝐀 ππ€ππ‰πˆπ‘ 𝐃𝐀𝐍 π’π€ππ“π”ππˆ πŒπ€ππ†π’π€ πƒπˆ ππ€π’πˆπ‘ 𝐏𝐔𝐓𝐄𝐇

Read More Β»

Follow Us

Kalendar JKSM

Week of Nov 25th

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
November 25, 2024 November 26, 2024 November 27, 2024 November 28, 2024 November 29, 2024 November 30, 2024 December 1, 2024