π²πΆπ»π¨ π²π°π΅π¨π©π¨π³πΌ | Pejabat Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) telah mengadakan satu kunjungan hormat ke Pejabat YB Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah hari ini bertujuan untuk membincangkan usaha-usaha pemerkasaan Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sabah serta mengeratkan hubungan antara agensi.
Kunjungan hormat ini telah diketuai oleh Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM; YAA Dato’ Haji Mohd Amran bin Mat Zain, yang telah disambut mesra oleh YB Datuk Seri Panglima Sr. Haji Safar bin Untong, JP.
Turut serta dalam kunjungan hormat ini ialah Datuk Hajah Nor Asiah binti Yusof; Penasihat Ketua Menteri Sabah.
Sesi kunjungan hormat itu juga disertai Pengarah Kanan Pengurusan JKSM; Puan Azlina binti Abdul Aziz.
π·ππππππ π²ππππ π·πππππππ
π±ππππππ π²ππππππππ πΊππππππ π΄πππππππ
Last Updated on November 28, 2024