πŠπ”ππ‰π”ππ†π€π π‡πŽπ‘πŒπ€π“ ππ€π‡π€π†πˆπ€π π’πŽπŠπŽππ†π€π πŠπ„π‹π”π€π‘π†π€ π‰πŠπ’πŒ πŠπ„ πŒπ€π‰π‹πˆπ’ π€π†π€πŒπ€ πˆπ’π‹π€πŒ 𝐃𝐀𝐍 𝐀𝐃𝐀𝐓 πˆπ’π“πˆπ€πƒπ€π“ πŒπ„π‹π€π˜π” πŠπ„π‹π€ππ“π€π

𝑲𝑢𝑻𝑨 𝑩𝑯𝑨𝑹𝑼 | Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kelantan bersama Bahagian Sokongan Keluarga (BSK), Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) telah mengadakan kunjungan hormat ke Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) bertempat di Kompleks Balai Islam di Kota Bahru,Kelantan Darul Naim.

YBrs. Tuan Dr. Hasnan bin Haji Ramli selaku Timbalan Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) dalam ucapannya telah mengalu-alukan ketibaan delegasi yang diketuai oleh YAA Dato’ Ibrahim bin Deris, Ketua Hakim Syarie Kelantan.

YA Puan Hajah Noor Hadina binti Ahmad Zabidi, Hakim Mahkamah Rayuan JKSM mewakili BSK JKSM telah memaklumkan perkembangan semasa BSK Seksyen Negeri Kelantan khususnya tindakan penguatkuasaan dan pelaksanaan perintah nafkah dan mut’ah serta penyaluran bantuan nafkah khusus melalui Dana Amanah Sokongan Keluarga kepada rakyat negeri Kelantan.

Di samping itu, kunjungan hormat ini adalah bagi mengeratkan hubungan antara Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kelantan, BSK JKSM dengan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan.

Turut hadir Tuan Haji Nassir bin Abdul Aziz, Ketua Pendaftar JKSM, Tuan Mohamad Zakian bin Dio, Pengarah Kanan (Kehakiman) JKSM, Puan Maria binti Jilani berserta pegawai-pegawai kanan dari Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kelantan dan BSK JKSM.

BSK JKSM juga merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan di atas sokongan yang berterusan kepada BSK serta kesudian meluangkan masa menerima kunjungan hormat ini.

π‘©π’‚π’‰π’‚π’ˆπ’Šπ’‚π’ π‘Ίπ’π’Œπ’π’π’ˆπ’‚π’ π‘²π’†π’π’–π’‚π’“π’ˆπ’‚ (𝑩𝑺𝑲) π‘Ίπ’†π’Œπ’”π’šπ’†π’ π‘΅π’†π’ˆπ’†π’“π’Š 𝑲𝒆𝒍𝒂𝒏𝒕𝒂𝒏

𝑱𝒂𝒃𝒂𝒕𝒂𝒏 π‘²π’†π’‰π’‚π’Œπ’Šπ’Žπ’‚π’ π‘Ίπ’šπ’‚π’“π’Šπ’‚π’‰ π‘΄π’‚π’π’‚π’šπ’”π’Šπ’‚

Last Updated on July 2, 2024

Kalendar JKSM

Week of Jul 1st

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
July 1, 2024 July 2, 2024 July 3, 2024 July 4, 2024 July 5, 2024 July 6, 2024 July 7, 2024