π±πΆπ―πΆπΉ π©π¨π―πΉπΌ | Bahagian Sokongan Keluarga ,Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) telah mengadakan kunjungan hormat ke Pejabat Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Johor bertempat di Bangunan Mahkamah Syariah, Johor.
Yang Amat Arif Dato’ Haji Muhammad Khaldun bin Mohamad Sharif, Ketua Hakim Syarie, Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Johor dalam ucapannya mengalu-alukan kehadiran BSK JKSM yang diketuai oleh Puan Maria binti Jilani, Pengarah Bahagian Sokongan Keluarga JKSM berserta delegasi.Menurut YAA Ketua Hakim Syarie,peranan BSK dilihat sangat penting dalam menguatkuasakan perintah nafkah di Mahkamah Syariah.Oleh yang demikian,Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Johor komited menambahbaik perkhidmatan BSK agar lebih mudah diakses oleh masyarakat.
Turut hadir, Tuan Sahul Hamid Moideen, Ketua Pendaftar, YA Tuan Zulfahmi Bunaim, Hakim Mahkamah Tinggi Syariah, Puan Noriana binti Ahamad Sapari,Penolong Pengarah Kanan BSK berserta pegawai dan kakitangan BSK JKSM dan Seksyen Negeri Johor.
Kunjungan hormat ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan antara agensi dan bertukar pandangan ke arah menambahbaik sistem perkhidmatan pengurusan kepada pelanggan yang berurusan di BSK khususnya untuk rakyat Negeri Johor.


Last Updated on January 28, 2025