π‰πŠπ’πŒ πŒπ„ππ˜π„π‘π“π€πˆ πŒπ€π‰π‹πˆπ’ π’π€πŒππ”π“π€π πŒπ€π”π‹πˆπƒπ”π‘ 𝐑𝐀𝐒𝐔𝐋 𝐒𝐀𝐖 ππ„π‘πˆππ†πŠπ€π“ π–πˆπ‹π€π˜π€π‡ ππ„π‘π’π„πŠπ”π“π”π€π 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 πŸπŸ’πŸ’πŸ”/πŸπŸŽπŸπŸ’

𝑲𝑼𝑨𝑳𝑨 𝑳𝑼𝑴𝑷𝑼𝑹 | Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) telah menyertai Majlis Sambutan Maulidur Rasul SAW peringkat Wilayah Persekutuan tahun 1446/2024 dengan menghantar kontinjen seramai 20 orang bagi memeriahkan acara yang penuh bermakna ini. Acara ini telah berlangsung di Dewan Serbaguna, Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur seawal subuh.

Majlis yang diadakan pada hari ini telah dirasmikan oleh YB Menteri di Jabatan Perdana Mrnteri (Hal Ehwal Agama) yang turut memberikan ucapan perasmian dan telah mengingatkan berkenaan kepentingan memahami dan menghayati sirah Nabi Muhammad SAW dalam kehidupan seharian.

Turut hadir sebagai tetamu kehormat ialah YAA Dato’ Haji Mohd Amran bin Haji Mat Zain, Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM, serta Tuan Haji Nassir bin Abdul Aziz, Ketua Pendaftar JKSM. Kehadiran kedua-dua pemimpin tertinggi dan Kontinjen JKSM ini melambangkan komitmen jabatan dalam mendukung syiar Islam dan memupuk semangat kecintaan kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Pada majlis terserbut, telah diumumkan tokoh Maulidur Rasul SAW peringkat Wilayah Persekutuan. Pemnganugerahan ini telah dibahagikan kepada kategori – kategoriii aitu Tokoh Utama, Tokoh Khas Individu dan Anugerah Khas Organisasi.

Untuk rekod, Penerima Anugerah Tokoh Utama Maulidur Rasul SAW sempena Majlis Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Wilayah Persekutuan Tahun 1446H/2024M adalah Tan Sri Syed Hamid Syed Jaafar Albar menyandang beberapa jawatan penting antaranya Pengerusi Dura Mine Sdn Bhd, Pengerusi Jawatankuasa Masjid Saidina Umar Al-Khattab Damansara, Canselor Universiti AeU, Pengasas dan Presiden HUMANITI Malaysia dan Duta Khas ke Myanmar, Organisation of Islamic Cooperation (OIC).

Beliau merupakan mantan Presiden Mahkamah Sesyen, Bekas Ahli Parlimen (1990 – 2013), pernah menjawat jawatan penting dalam kerajaan seperti Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Menteri Kehakiman, Menteri Pertahanan, Menteri Dalam Negeri dan Menteri Luar Negeri, mantan Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat Malaysia (2010 – 2017), Profesor Adjung di Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Malaya, dan Universiti Melaka.

π‘Όπ’π’Šπ’• π‘²π’π’Žπ’–π’π’Šπ’Œπ’‚π’”π’Š 𝑲𝒐𝒓𝒑𝒐𝒓𝒂𝒕

𝑱𝒂𝒃𝒂𝒕𝒂𝒏 π‘²π’†π’‰π’‚π’Œπ’Šπ’Žπ’‚π’ π‘Ίπ’šπ’‚π’“π’Šπ’‚π’‰ π‘΄π’‚π’π’‚π’šπ’”π’Šπ’‚

Last Updated on September 23, 2024

Kalendar JKSM

September 24, 2024