π„πŒππ€π“ 𝐓𝐄𝐑𝐀𝐒 πŠπ„π‘π‰π€π˜π€ πƒπ€π‹π€πŒ πŒπŽπƒπ”π‹ πŠπ„π‡π€πŠπˆπŒπ€π 𝐃𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐔𝐍𝐃𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 πƒπˆπŒπ”π‘ππˆπŠπ€π

𝑷𝑼𝑻𝑹𝑨𝑱𝑨𝒀𝑨 I Bahagian Latihan (BL), Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) telah mengadakan Bengkel Jawatankuasa Modul Perundangan dan Kehakiman pada 12 November 2024 di Hotel Everly, Putrajaya.

Modul Kehakiman dan Perundangan merupakan antara modul terpenting dalam membangun kompetensi Pegawai Syariah khusus dalam empat teras kerjaya iaitu Hakim Syarie, Peguam Syarie, Pendaftar dan Penyelidik dan juga menjadi nilai tambah kepada keperluan stake holder agensi yang terlibat dengan bidang kerjaya ini.

Percambahan idea dan sumbang saran yang silih berganti antara ahli jawatankuasa yang terlibat telah mengharmonikan kandungan modul kehakiman dan Syariah dengan amalan-amalan semasa pentadbiran institusi kehakiman sivil yang boleh dicontohi. Skop yang diperbincangkan termasuklah penulisan gaya bahasa dalam penghakiman, pengenalpastian prinsip, isu dan fakta dalam alasan penghakiman, kaedah speed reading, penghakiman segera yang efektif, pengurusan pengawasan, pengendalian kes penderaan dan keganasan rumahtangga serta cadangan mewujudkan mentor mentee kepada hakim mahkamah rendah dan hakim mahkamah tinggi.

Tidak terhad dengan itu, bengkel hari kedua ini telah meransang kematangan ahli jawatankuasa yang bersemangat menzahirkan pandangan yang bernas sesuai dengan keperluan empat bidang tersebut yang mana setiap pandangan disertai dengan hujah yang diperkuat dengan situasi semasa dalam menyusun kompetensi modul umum, modul kepakaran utama dan modul kepakaran khusus.

Perbincangan dua hala ini telah dipengerusikan oleh YA Tuan Hj Mohamad Taifor bin Ahmad Rushdi telah berjaya membawa semua ahli bengkel memberi tumpuan yang berfokus bagi setiap modul teras kerjaya sehinggalah kerangka modul tersebut diselesaikan dengan cepat lagi tuntas pada hari ini sebelum perbincangan mendalam bagi kurikulum yang akan dirangka pada tahun hadapan.

Ucapan syabas, tahniah dan terima kasih kepada peserta bengkel yang terdiri daripada YA Tuan Mohamad Fouzi bin Mokhtar, YA Tuan Sheikh Zain Ali bin Abdul Ghani, Puan Nenney Shuhaidah binti Shamsuddin, Puan Rosedalliyaty binti Daud, Tuan Ahmad Bashir bin Yaacob, Tuan Mohamad Shahidan bin Abdul Ghapar dan Puan Salwani binti Khalid dalam kebersamaan menggariskan penambahbaikan modul sedia ada dan baharu.

Untuk rekod, platform perbincangan secara hybrid menerusi aplikasi Webex turut dilaksanakan untuk memberi peluang kepada ahli jawatankuasa yang tidak dapat menyertai bengkel pada hari ini secara bersemuka.

Semoga kompetensi Pegawai Syariah di institusi kehakiman Syariah sentiasa menjadi keutamaan terutama dalam penyaluran ilmu yang berterusan dengan mengambil kira keperluan semua teras kerjaya yang telah digariskan dalam modul latihan khususnya.

π‘©π’‚π’‰π’‚π’ˆπ’Šπ’‚π’ π‘³π’‚π’•π’Šπ’‰π’‚π’

𝑱𝒂𝒃𝒂𝒕𝒂𝒏 π‘²π’†π’‰π’‚π’Œπ’Šπ’Žπ’‚π’ π‘Ίπ’šπ’‚π’“π’Šπ’‚π’‰ π‘΄π’‚π’π’‚π’šπ’”π’Šπ’‚

Last Updated on November 13, 2024

Kalendar JKSM

November 22, 2024